Kentut Depan Pasangan Boleh Buat Hubungan Lebih Kuat

“Eh malulah nak kentut depan awak,”

Macam itulah agaknya yang terdetik dalam hati kita. Mana tidaknya, malulah nak kentut depan pasangan sebab kalau boleh kita nak sentiasa kelihatan sempurna di matanya. Maka, gigihlah anda nak tahan kentut atau cari tempat tersembunyi jauh dari suami. Sedangkan manusia normal akan kentut 14 kali sehari. Ops!

Ini ada satu kajian menarik menyatakan rupa-rupanya kentut depan pasangan boleh buat hubungan lebih erat dan akrab! Menurut ahli terapi kekeluargaan Gary Brown, pasangan yang saling menunjukkan sisi memalukan diri mereka boleh hidup bersama dengan bahagia di samping memiliki hubungan yang sihat.

Bukan itu sahaja, dia turut menyatakan kebaikan lain kentut boleh menjadikan hubungan seks lebih baik memandangan kedua-duanya sudah selesa dan tak kisah dengan bentuk tubuh masing-masing.

Sebenarnya, kalau kita tahan kentut, ia akan masuk ke saluran darah dan menyebabkan nafas berbau. Bau mulut yang teruk akan menyebabkan suami anda lari apatah lagi nak beri ciuman yang ikhlas. Ha, keadaan ini lagi teruk dari bau kentut yang busuk sekejap saja tu.

Hal ini disokong oleh pakar perhubungan, Cynthia Powell menyatakan pasangan yang kentut di depan pasangan sebenarnya telah berada dalam perhubungan yang saling percaya, jujur dan bersikap terbuka terhadap diri masing-masing.

Jadi, lepas ini tak payah nak ‘cover’ kentut. Bukan sahaja sihat fizikal, hubungan antara suami isteri pun lebih rapat. Inilah yang kena ada dalam rumah tangga kita. Jadi, sama-samalah kita hapuskan stigma kentut itu memalukan sebaliknya ketawalah bersama-sama dengan pasangan! Mari kentut beramai-ramai!

 

 

 

 

 

 

Sumber: Buzznick.com

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Comments

  1. Reply

    HAHAHAHA … adoii .. xleh tahan ayat last tuuu …

      • Ainaa
      • 12 March 2020
      Reply

      Hahaha…kan!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna