Kenapa Sampai Perlu Cek DNA Anak? Abam Terasa Dihina Oleh Pak Cik Ini

Baru sahaja mendapat perkabaran berita gembira kelahiran anak sulung, pelawak Abam Bocey terus berkongsinya bersama peminat di laman Facebook.

Namun dalam banyak-banyak komen ucapan tahniah yang diterima, ada sahaja manusia berhati busuk memberi komen kasar serta menjijikkan.

Komen diberikan lelaki yang menggunakan pengenalan diri Lau Kok Chan dengan status ‘sayangi Allah dan Rasul’ itu menyatakan pemeriksaan DNA harus dilakukan terhadap anak sulung Abam. Selain itu, ada beberapa lagi pengikut Abam di facebook turut memberikan komen tidak sepatutnya dan berbaur lucah.

Haih, siapalah yang tidak marah jika disuruh lakukan pemeriksaan DNA seolah-olah anak itu bukan anak kandungnya.

 

Membalas kembali komen diberikan Lau Kok Chan yang dianggap Abam satu penghinaan yang sangat dahsyat, dia mahu bertemu dengan lelaki terbabit.

“Kalau Bukan DNA saya, habis anak siapa. Maaf saya amat tersinggung dengan komen begini. Nak cakap ‘benda’ itu kecil atau kura-kura ke saya tidak kisah sangat, tetapi mempertikaikan status anak ia satu penghinaan. Saya mahu bertemu dengan pak cik ini. Mahu bertemu sangat-sangat,” katanya.

Ditanya adakah Abam akan mengambil tindakkan undang-undang terhadap lelaki terbabit, katanya sewaktu dihubungi, dia hanya mahu berjumpa.

“Insha-Allah saya mahu berjumpa sahaja. Saya bukan nak buat apa-apa pun, saja hanya mahu ‘cium’ pipi dia, supaya tidak bersikap tidak siuman,” ujarnya ringkas.

Dengar cerita ramai yang membantu Abam menjejaki pak cik tersebut, haa, jaga-jaga ye pak cik..

So pak cik atau mak cik bawang di luar sana, kalau ye pun nak bergurau janganlah sampai gurau perkara yang sensitif. Nama pun pak cik, kenalah tunjuk perangai yang baik untuk dicontohi mereka yang lebih muda kan?

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna