Salah Mandi Boleh Sebabkan Strok?

Semua serangan strok disebabkan oleh kekurangan bekalan darah ke otak. Tiada had umur dan jantina kerana strok ini boleh menyerang sesiapa saja termasuk golongan muda dan pertengahan.”

Selalu kita dengar ramai yang jatuh di bilik mandi sebelum menghembuskan nafas terakhir dan ada juga yang terselamat tetapi terkena strok. Penulis sendiri punya pengalaman sebegitu yang berlaku kepada arwah ayah kira-kira 23 tahun yang lalu. Arwah rebah di bilik air sewaktu mengambil wuduk dan mandi. Sejurus kemudian dimaklumkan oleh doktor yang kebetulan ada di klinik berhampiran perumahan penulis, ayah telah meninggal dunia. Agak mendukacitakan kerana arwah ayah tiada sebarang penyakit dan tanda-tanda untuk meninggalkan kami selamanya. Bukan itu sahaja, perkara tersebut juga turut berlaku kepada keluarga kenalan terdekat. Umurnya masih panjang selepas jatuh di kamar mandi, tetapi hilang keupayaan akibat terkena strok walaupun usia masih muda. Ya, kedua-dua kejadian tersebut adalah ketentuan daripada Tuhan, itu tidak boleh dinafikan. Namun pasti ada punca dan asbab sebenar kejadian ini terjadi. Mungkinkah akibat salah mandi?

 

INFO!

Sumber Foto: Heart and Stroke Foundation of Canada

Apa sebenarnya strok? Strok menyebabkan kehilangan upaya yang teruk. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Ia tiada had umur dan jantina kerana strok ini boleh menyerang sesiapa saja termasuk golongan muda. Tiada sebab mengapa kanak-kanak tidak boleh diserang strok. Kategori usia strok untuk golongan muda dalam lingkungan bayi sehinggalah mereka yang berusia di bawah 45 tahun. Semua serangan strok disebabkan oleh kekurangan bekalan darah ke otak. Punca strok termasuk pengumpulan darah atau darah beku dalam saluran darah di leher, pengambilan pil kawalan kelahiran dan merokok. Bagi kanak-kanak, punca biasa ialah termasuk jangkitan, trauma, gangguan jantung, penyakit sel dan dehidrasi. Kes membabitkan kardiogenik atau berkaitan jantung pula banyak dialami golongan dewasa yang melepasi usia remaja, antaranya disebabkan penyalahgunaan dadah dan penggunaan ubat-ubatan terutamanya intravena. Punca kardiogenik mungkin termasuk penyakit jantung reumatik, keabnormalan injap jantung dan dilahirkan dengan lubang pada sempadan yang memisahkan bilik kanan dan kiri jantung.

 

BACA PERKONGSIAN SUMBER DARIPADA SEORANG SEORANG PENCERAMAH PROFESOR UiTM YANG JUGA TERLIBAT DENGAN MAJLIS SUKAN NEGARA, KENAPA RAMAI YANG JATUH DI BILIK MANDI SEHINGGA TERKENA STROK ATAU MENINGGAL DUNIA.

Sumber Foto: twl.ngo.org.tw

Kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat tempat lain? Semasa saya hadir kursus gaya hidup sihat, seorang penceramah profesor UiTM yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala , logik ‘warm blooded human‘ dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah.

Sumber Foto: Facebook MyResponseTeam 

Ini kerapkali berlaku di bilik mandi. Sila sebarkan agar lebih ramai sedar dan mungkin dapat membantu mengelakkan kejadian ini. supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala. logik ‘warm blooded human’ dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi.

Sumber Foto: Google Image

  • Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.
  • Segayung di betis.
  • Segayung di paha.
  • Segayung di perut.
  • Segayung di bahu.
  • Berhentilah sejenak 5-10 saat.

Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah. Kita akan merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan meremang, setelah itu lanjutkan dengan mandi seperti biasa. Hikmahnya seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi? Gelas akan retak tau. Jika tubuh kita, apa yang retak? Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah. Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena strok. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah. Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.

Benarkan kerana silap aturan ketika mandi punca terkena strok di bilik mandi? Untuk maklumat lanjut anda boleh dapatkan saranan daripada doktor pakar terdekat anda.

 

 

Sumber: Facebook MyResponseTeam  mmgazette

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna