“Kenapa Perlu Ubah Penampilan Disebabkan Mulut Orang?” – Anusha Peterson

Jika dulu wanita sering dianggap lemah dan agak ’emotional’ dalam setiap perkara tetapi adakah itu masih menjadi bayang-bayang kepada wanita zaman kini? Of course not! Siapa sahaja yang tidak suka bila anda dapat dikelilingi dengan wanita yang bekerjaya dan sentiasa mempunyai aura positif yang membuatkan anda ingin menjadi seperti mereka.

Sebagai wanita, hal yang pertama yang akan dilihat oleh orang lain adalah penampilan diri anda. Ini kerana ia akan menggambarkan bagaimana watak anda sebenar. Adakah anda seorang yang feminin, kasar atau lemah lembut? Tetapi biasalah wanita ni kadang-kadang memang tak dapat lari dari ‘membawang’ atau ‘dibawang’ oleh orang lain. Ada sahaja benda yang tak kena, tetapi mengapa kita perlu ubah penampilan disebabkan mulut dan pandangan orang lain? Jika itu membuatkan diri anda berasa lebih rendah diri, jadi abaikan ia.

Image result for we are different

Sumber: robert

Ubah Perspektif Kita Semua Sama 

Wanita yang bagus adalah wanita yang ‘less drama’ seperti Anusha Peterson seorang freelance director dan juga seorang penerbit menyatakan bahawa setiap keputusan yang dibuat haruslah yakin dan tidak perlu memikirkan apa tanggapan orang lain asalkan ianya adalah perkara yang betul.

” Walaupun saya pergi ke set pengggambaran, Im still wearing heels” Haa, anda dekat luar sana berani ke macam ni mesti takut orang pandang atas bawah kan? Selagi ianya tidak salah, teruskan sahaja dengan gaya anda untuk membuatkan anda rasa yakin dan lebih bersemangat.

via GIPHY

Sentiasa Bersikap ‘Always Look Down’

Memikul gelaran sebagai seorang pengarah filem, tapi Anusha masih mengamalkan sikap rendah diri kepada semua orang tidak kira sama ada mak cik cleaner atau bos anda sendiri. Apa salahnya anda mulakan hari anda dengan bertegur siapa dengan orang yang anda jumpai agar aura positif anda memberi senyuman kepada orang lain.

Sebenarnya setiap wanita mempunyai keunikan yang tersendiri untuk dilihat, mungkin cara anda adalah simbol kepada perbezaan yang menunjukkan bahawa anda tidak sama dengan orang lain. Apa yang penting confident and  be who you are! 

We Are Our Main Character In Our Movies 

Yes! Memang tak dapat dinafikan kehidupan anda setiap hari pasti ada naik turunnya. Tapi bagi Anusha perkara yang paling penting adalah bagaimana anda membuat keputusan untuk menjadikan hari anda berakhir dengan gembira atau sebaliknya.

Itu semua adalah pilihan, ibarat anda sedang menonton sebuah filem dan pastinya semua orang pernah menonton pelbagai cerita yang ditayangkan. Anda sebagai karakter dimainkan untuk mewarnai cerita tersebut sama seperti kehidupan yang anda jalani. Setiap pintu yang anda buka atau tutup itu semua berada di tangan anda, tak perlu jaga tepi kain orang.

Image result for women get away

Sumber: wald

Lakukan Apa Yang Anda Suka 

Gelaran sebagai seorang wanita mempunyai pelbagai perspektif yang berbeza, mungkin ada sesetengah beranggapan bahawa wanita ni sering dikaitkan dengan kecantikan dan kelembutan. Tapi ada juga yang meletakkan tanggungjawab pada wanita untuk menguruskan hal di rumah sahaja. Apa yang paling penting adalah wanita perlu ada waktu ‘me time’. Siapa kata perlu tunggu hujung tahun untuk bercuti, lakukanya sekarang! Apa yang penting anda rancang dengan sebetulnya.

Jadi Donna harap penulisan ini dapat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana, yang mempunyai minat dan karier untuk diteruskan agar anda tidak terikat untuk  melakukan sesuatu perkara hanya kerana tanggapan orang lain terhadap diri anda.  

Untuk mendengar lebih lanjut perbincangan di antara Anusha dan beberapa panel jemputan lain berkaitan topik ini, klik video di bawah okay.

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna