Kenapa Perlu Sebarkan Kebencian? Pelakon Juvana Dituduh Pura-Pura Bahagia Di Laman Sosial

Masih ingat watak ‘Panjang’ dalam filem Juvana? Pelakon lelaki ini asalnya daripada model lalu terjun ke bidang lakonan dan mendapat perhatian ramai dengan bakat seninya yang hebat. Siapa lagi kalau bukan Idzham Ismail, yang dilihat sering berkongsi momen gembira bersama isteri dan anaknya ke dalam media sosial. Tapi ada pula yang kata Idzham pura-pura bahagia, alahai apa kes ni?

Wahai netizen sudah-sudah lah tu ambil tahu hal rumah tangga orang. Idzham mengaku dia berasa tidak selesa dan bingung apabila kerap menerima mesej daripada individu yang tidak berpuas hati sedangkan gambar tersebut adalah bukti kenangan indah bersama keluarganya.

“Apa tujuan dia berbuat demikian? Naik turun dalam perkahwinan itu lumrah dan mana ada pasangan yang sentiasa bahagia. Salahkah saya berkongsi momen gembira menerusi media sosial sebagai inspirasi kepada pasangan lain?

“Bohong jika saya dan isteri tidak pernah bergaduh, tetapi semua itu berbalik kepada niat kita. Saya memilih hanya memuat naik momen indah supaya saya lebih menghargai isteri.

Image result for idzham ismail

Sumber: mstar

Kenapa Perlu Sebarkan Kebencian?

Biasa lah laman sosial ni kan tempat untuk berkongsi benda-benda best takkan nak tunjuk kisah hidup sedih pula? Dikatakan Idzham sudah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2016 dan telah dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Sofea Inara. Siapa yang tak rindu bila dapat tengok balik gambar kenangan yang diambil bersama keluarga?

Pelakon Juvana itu berkata, luahannya itu juga bertujuan menyebarkan mesej positif kepada pengikutnya di laman sosial, sekali gus memberinya peringatan supaya tidak tersasar dalam menyusun langkah.

“Pilihan ada di tangan kita dan semuanya hanya di hujung jari. Kenapa mahu pilih sebarkan kebencian sedangkan banyak perkara manis boleh dikongsi?

Spread love not hate! Donna doakan agar Idhzam bersama keluarga terus bahagia dan tidak patah semangat untuk memberi mesej yang baik kepada masyarakat di luar sana.

 

 

Untuk artikel yang lebih sensasi anda boleh klik link di sini :

 

Dia Nombor Satu Dalam Hidup, Sampai Hanif Pun Saya Tolak Ke Tepi Anzalna Nasir

 

 

 

Sumber: Beritaharian

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna