“Kenapa Nak Pukul Anak?” – Suami Isteri Bergaduh Berebut Hak Penjagaan Anak

Dalam perkahwinan tiada pasangan yang merancang untuk bergaduh mahupun berakhir dengan penceraian. Namun, apabila melangkah ke alam rumah tangga banyak perkara yang berlaku di luar jangkaan.

Itulah asam garam bila berumah tangga. Bagaimana masalah diselesaikan adalah bergantung pada suami isteri tersebut sama ada mengikut emosi atau menggunakan akal fikiran. Tak dapat dinafikan, kebanyakan orang kita sering bertindak mengikut perasaan.

Bergaduh depan rumah…

Lihatlah beberapa buah video viral di Facebook yang menunjukkan pasangan suami isteri bergaduh di depan rumah kerana si isteri datang ingin berjumpa dengan anaknya di rumah mertua. Lebih menyedihkan si suami memukul anaknya sehingga menangis si kecil.

Cubaan pertama sy ingin bertemu anak-anak di rumah Mertua

Posted by Siti Amalina Azimah Azhar on Thursday, June 18, 2020

“Nafkah pun kau tak bagi…”

Pergaduhan bukan sampai situ saja, untuk video kedua yang dimuat naik menunjukkan masuk campur dari jiran mereka yang meminta wanita tersebut pulang ke rumah kerana tiada guna untuk mempertahankan hak penjagaan anak sebelum mahkamah memutuskan. Kasihan si isteri….

Video sambungan

Posted by Siti Amalina Azimah Azhar on Thursday, June 18, 2020

Nak jumpa bonda…

Perasaan rindu tiada siapa boleh halang untuk tidak wujud. Itulah yang dirasa oleh si kecil ini yang menangis teresak-esak kerana merindukan ibunya. Kasihan anak-anak yang tak bersalah dalam pergaduhan ibu bapa mereka.

Video terbaru semalam semasa kami sekeluarga datang utk menyambut Birthday anak sy yg sulung

Posted by Siti Amalina Azimah Azhar on Thursday, June 18, 2020

Penerangan ringkas dari si isteri…

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya. Menurut perkongsian si isteri yang menggunakan nama Siti Amalina menerusi laman akaun Facebook miliknya, dia diceraikan sejak Oktober tahun lalu tapi sepanjang waktu menunggu keputusan hak penjagaan anak dari pihak mahkamah, dia dan anaknya dipisahkan.

Apa pun cerita kisah mereka, kita doakan yang terbaik. Kepada pasangan di luar sana, harap perkongsian kami ini diambil pengajaran supaya selesaikan masalah dengan cara baik bukan dengan cara mengikut perasaan atau menyakitkan hati mana-mana pihak.

Sebaiknya, jangan menyeksa perasaan si kecil yang tak bersalah sementara menunggu keputusan mahkamah bagi hak penjagaan anak-anak,. Bila anak ingin berjumpa dengan ibu atau ayah mereka, berikan saja peluang kerana mereka juga berhak untuk mendapat kasih sayang dan perhatian.

Jangan pentingkan diri sendiri dan terlalu ikutkan ego. Semoga masalah keluarga Siti Amalina dapat diselesaikan dengan cara aman.

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kenderaan Lama Ditukar! Kini Kereta Polis Berwajah Baru

Beratur Panjang! Kedai Nombor Ekor Diarah Tutup

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna