Kenapa Makin Berusia Makin Sakit Tapak Kaki?

Kaki sekarang tak kuat macam dulu. Dulu kalau pusing dua kali mall ni pun okay lagi,”

Mesti ada segelintir daripada kita makin meningkat usia makin cepat sakit kaki padahal umur  tak sampai 40 an lagi, alahai! Kalau dah masuk umur 40-an nanti macam manalah keadaan kaki. Parah!

Bila sis google masalah ni, kebanyakannya mengatakan penggunaan kasut yang tidak sesuai sehingga menyebabkan tekanan tidak dapat disebarkan secara sama rata di permukaan tapak kaki.

via GIPHY

Selain salah pemakaian kasut? Apa lagi?

Tapi kadang-kala tak pakai kasut sukan pun kaki sakit menyucuk-nyucuk. Macam mana tu?

Aip! Jangan fikir bukan-bukan sebab kami akan kongsikan faktor lain yang diberitahu oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara penyebab tapak kaki sering sakit adalah…

  1. Mengandung.
  2. Berat badan berlebihan.
  3. Sering dan terlampau aktif bersukan sehingga tapak kaki sakit.
  4. Mempunyai penyakit tertentu seperti gout, plantar fascitism cengkam atau kematu.
  5. Memakai kasut tumit tinggi dalam jangka masa lama sehingga mewujudkan tekanan pada tapak kaki ditumpukan pada bahagian hari kaki dan menyebabkan sakit.

via GIPHY

Mungkin dari beberapa faktor yang kami senaraikan di atas ni anda boleh kenal pasti apa punca sebenar tapak kaki anda sakit.

Selepas itu cuba atasi dengan kurangkan pergerakan atau letakkan kaki di atas timbunan bantal yang tinggi ketika baring atau tidur.

Kalau sakit tersebut berlarutan, pesakit perlulah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Resipi Gulai Tempoyak Patin Lain Dari Yang Lain

Kaki Anak Bau Hapak? Selesaikan Dengan Cara Ni

 

 

 

 

 

Sumber: KKM

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna