Kenapa Kita Batuk? Ketahui 10 Punca Utama Ini

Batuk membuatkan semua orang rasa tak selesa, lebih-lebih lagi kalau batuk berkahak. Bayangkan tengah syok bersembang, tiba-tiba batuk kahak dan ia berterusan. Tak malu ke dengan orang sekeliling? Lepas tu dapat pula jenis yang mulut laser, tegur time tu juga.

Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), batuk adalah tindak balas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman yang dapat menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindak balas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

via GIPHY

Oh! Maknanya, kahak yang terhasil semasa batuk adalah kuman dan bendasing yang memang patut dibuang. Lepas ni bila batuk dan ada kahak wajib buang ye! Jangan telan terus.

Tapi, untuk pengetahuan anda, ada juga sebab lain yang mengakibatkan seseorang tu menghidapi penyakit batuk sehingga memerlukan rawatan yang cepat. Berikut adalah 10 punca batuk…

  1. Asma.
  2. Alahan.
  3. Merokok.
  4. Tekanan.
  5. Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  6. Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza.
  7. Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  8. Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  9. Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  10. Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)

Apa pun, kami nak nasiatkan di sini jangan ambil enteng dengan jangkitan batuk. Sebaiknya, kalau anda terkena jangkitan batuk lebih dari 3 hari, mohon pergi buat pemeriksaan lanjut ya!

Untuk bacaan artikel lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Gunakan 3 Minyak Pati Ini Untuk Kurangkan Si Kecil Batuk & Selsema

Apa Perbezaan Antara HIV & AIDS?

 

 

 

 

 

Sumber: myhealthmyhealth (COPD)

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna