Kenapa Kena Tembak Suhu Di Dahi?

Masa orang kedai tu cek suhu dekat dahi, kita jadi tak tahu nak pandang mana. Kenapalah kena dekat dahi jugak, tak boleh cek dekat tempat lain ke?”

Pernah tak chuols bermonolog macam ni dalam hati? Tertanya-tanya kenapa di dahi, kenapa tidak di tempat lain. Anggota lain pun seperti tapak tangan tak boleh ambil suhu ke?

Berikutan itu, salah seorang ahli farmasi, Fahmi Hassan tampil membuat penjelasan tentang kenapa kena tembak suhu di dahi menerusi laman twitter miliknya.

Saluran darah bahagian tangan akan mengecut…

Tambahnya lagi, semasa cuaca sejuk saluran darah di permukaan kulit akan mengecut dan haba akan disimpan di dalam badan. Jadi, sesetengah anggota badan akan terasa sejuk, antaranya tangan.

“Persoalannya, kenapa sewaktu pandemik ini perlu ditembak di bahagian dahi? Ini kerana dahi merupakan permukaan yang tidak terlindung oleh pakaian, rambut, misai dan janggut. Oleh kerana itu, kebanyakan pengeluar termometer mengeluarkan termometer yang telah dikalibrasi untuk mengukur suhu di kawasan ini.

Jangan takut…

Sekali lagi diingatkan, termometer mengukur suhu (signal infrared) dari badan manusia langsung tidak memancarkan laser atau apa apa sinaran berbahaya kepada manusia,” jelasnya secara ringkas.

Kesimpulannya, tak perlu takut untuk ambil suhu di kepala, okay guys? Lagipun, doktor pun gunakan kaedah yang sama untuk menyemak suhu badan. Jadi, terang-terang tidak memberi kemudaratan pada tubuh kita.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ada Batas! Ini Bahagian Anggota Anak Yang Tidak Boleh Dicium

Cara Turunkan Suhu Badan Bila Anak Demam Panas

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna