Kenapa Badan Boleh Bau Macam Lori Sampah?

Masalah ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia mengganggu orang lain.”

Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Setiap manusia mempunyai kelenjar keringat atau lebih dikenali sebagai peluh. Umumnya keringat atau peluh tidak berbau. Namun, jika melekat di permukaan kulit selama beberapa jam dapat menimbulkan masalah bau badan.

via GIPHY

Bau badan sebenarnya berlaku apabila bakteria yang terdapat pada permukaan kulit menguraikan protein yang terdapat pada lapisan kulit dan peluh kepada asid. Hal ini kerana kegiatan bakteria-bakteria yang terdapat di permukaan kulit akan membiak dengan lebih cepat dan menyebabkan kandungan asid di dalam peluh bertambah dengan lebih cepat.

 

Sebab Badan Saya Busuk!

via GIPHY

Makan Daging & Bawang Putih – Masalah bau badan juga dapat dikaitkan dengan faktor pemakanan. Terdapat beberapa makanan yang menjadi punca utama kepada masalah bau badan seperti bawang putih. Jenis makanan yang mengandungi bawang putih boleh memberikan impak kurang baik pada bau badan. Bawang putih mampu menyebabkan bau badan dan menjadikan bau mulut tidak sedap. Daging juga merupakan salah satu penyebab bau badan. Wanita yang gemar mengambil makanan berasaskan daging kebiasaannya mempunyai aroma tubuh badan yang kurang sedap berbanding mereka yang sering mengambil makanan berasaskan sayuran.

via GIPHY

Pengambilan Alkohol – Pengambilan alkohol terlalu kerap juga menjadi salah satu punca kepada masalah bau badan seseorang individu. Minuman alkohol merupakan minuman yang akan diproses di dalam tubuh bersamaan dengan hati, namun terdapat 10 peratus kandungan alkohol akan dikeluarkan dari tubuh melalui peluh di tubuh, nafas serta ketika membuang air kecil. Oleh itu, individu yang sering mengambil minuman beralkohol kebiasaannya cepat mengeluarkan peluh serta mempunyai bau badan kurang enak.

via GIPHY

Malas Mandi – Gangguan bau badan atau bau keringat boleh berlaku sekiranya seseorang individu tidak menjaga kebersihan badan dan terdapat juga kehadiran bakteria yang bertindak balas menjadi zat, menyebabkan wujudnya bau kurang enak.

via GIPHY

Kaki Bau Cagu – Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau. Bulu pada kaki terutama pada ibu jari mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bakteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan stokin dari bahan semula jadi seperti kapas dan bulu biri-biri.

 

Kawal Masalah Bau Badan

Sumber Foto: 123rf

  • Kerap mandi.
  • Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar.
  • Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang).
  • Berhenti merokok.
  • Pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah.

via GIPHY

via GIPHY

 

Sumber: myhealth.gov.my hmetero

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna