Kenali Jenis Jangkitan Kuman Pada Faraj & Punca!

Betapa sensitifnya keadaan vagina yang sebenarnya ramai wanita dalam kalangan masyarakat tidak tahu. Oleh kerana kurang pendedahan yang sedemikian, masyarakat sering mendapatkan rawatan dan mengamalkan pencegahan setelah terjangkit.

Bukan itu sahaja, apabila sudah terkena dan menganggu para wanita barulah risau yang memaksa diri untuk mendapatkan rawatan. Jadi, untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku, Donna mahu kongsikan kepada anda semua akan jenis-jenis jangkitan yang anda boleh terkena dan juga rawatanya sepatutnya.

Usah pandang rendah akan jangkitan kuman pada faraj ya! Hari ini kita belajar tahap sensitif pada bahagian faraj. Masalah jangkitan kulat pada faraj adalah digelar sebagai Vaginitis.

 

via GIPHY

 

Jenis-Jenis Jangkitan :

Atrophic vaginitis

Jenis yang pertama ini berlaku tatkala lapisan mukosa faraj menjadi tipis disebabkan penurunan tahap estrogen selepad berlakunya menopaus. Ini akan menyebabkan faraj mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kerengsaan dan bahagian itu menjadi merah dan bengkak. Bukan itu sahaja, wanita yang menjalani pembedahan membuang ovari turut berisiko untuk terjangkit kerana punca yang sama, iaitu kadar estrogren yang kurang.

Bakteria Vaginosis

Ini dikenalpasti berlaku kerana kekurangan bakteria yang baik yang dipanggil lactobacillus. Jika anda kerap mencuci vagina menggunakan sabun yang mempunyai wangian atau douching, maka ini akan menyebabkan populasi bakteria yang baik itu berkurang dan bakteria jahat pula akan mula berleluasa!

Vaginal Candiasis

Yang ini pula paling terkenal di antara yang lain dimana ianya digelar jangkitan Yis. Ianya berpunda daripada sejenis kulat yang dinamakan Candida Albicans. Wujud secara semula jadi dalam faraj wanita dan tidak sepatutnya mendatangkan masalah dek kerana jumlahnya yang sedikit. Namun, jika ada berlakunya perubahan pada ekosistemnya ia boleh membiak dan menyebabkan vulva pada vagina membengkak.

Trichomoniasis

Trichomonas Vaginalis merupakan penyakit kelamin yang tidak mempunyai sebarang simptom. Hanya keluar lendir yang berwarna kuning atau kehijauan, gatal-gatal dan bengkak pada bahagian faraj.

Apa Puncanya?

  • Obesiti
  • Tekanan/Stress
  • Kekurangan Zat Makanan
  • Hormon Yang Tidak Stabil
  • Bahagian Faraj Kurang Bersih
  • Diabetes, AIDS & Penyakit Kronik
  • Seks Rambang Tanpa Perlindungan
  • Membersihkan Kemaluan Dengan Cara Yang Salah
  • Pengambilan Ubat-ubatan (Pil Perancang, Dos Steroid, Antibiotik)

Jika anda terkena sebarang jangkitan, tolak tepi perasaan malu terlebih dahulu!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Bidadari.my

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna