Kenali 7 Jenis Bawang Ini

 Bila bercakap tentang bawang, berapa banyak jenis bawang yang dalam kepala anda? Dua? Tiga? Empat? Ish! Ish! Semua salah. Anda semua kena tahu kerana bawang adalah bahan perencah utama di samping bahan lain seperti halia dan kunyit.”

Bawang juga salah satu bahan masakan yang paling utama kerana ia dikatakan perencah dalam memberi aroma dan kesedapan sesuatu hidangan. Buktinya, jika anda lihat pada beberapa menu seperti mee sup, bawang goreng akan ditabur di atas permukaan hidangan untuk memberi keenakkan dalam mee sup itu.

Haa, penting tau bawang ni. Tapi, bawang goreng tidak termasuk dalam 7 jenis bawang yang akan kita bincangkan pada artikel kali ini. Mesti anda tertanya-tanya, bawang jenis apa yang banyak sangat tu. Yalah, bawang putih dengan bawang merah je yang terkenal, itu pun sebab ada kisah melayu dahulu kala. Hiks!

Jadi, inilah 7 jenis bawang yang anda perlu tahu.

  1. Bawang Merah (kecil)

Bawang merah kecil ini dikenali sebagai Dayak bawang dan ia akan berada di setiap dapur kerana bawang ini akan digunakan untuk memasak atau dimakan mentah saja! Bawang jenis ini juga rasanya lebih manis berbanding bawang merah besar walaupun ada sedikit pedas dan berangin. Itu yang ada sesetengah individu hanya makan begitu saja.

Sumber: blogspot

      2. Bawang Merah (besar)

Fungsi bawang merah besar dalam masakan sama saja seperti bawang merah kecil tetapi tidak ramai yang akan makan mentah bawang merah besar kerana rasanya tidak berapa manis, berangin dan pedas. Selalunya bawang ini, akan ditumis dahulu sehingga baunya naik. Kemudian, baru bahan seterusnya akan digaul bersama tumisan bawang tersebut.

Sumber: pexels

      3. Bawang Shallot

Bawang shallot berbentuk bujur dan kecil-kecil dan sering terdapat di negara Asia. Rasanya pula manis dan rasa sedikit pedas. Jadi, jenis hidangan yang sering digunakan bawang ini adalah hidangan pangang, telur rebus bersama sayur-sayuran yang akan digaul bersama salad dan sayuran lain serta hidangan pinggan di menu.

Sumber: 4muda

      4. Bawang Putih

Bawang putih merupakan jenis bawang yang berwarna putih kekuningan dan berbentuk lonjong. Rasanya pula rasa pedas dan sangat berangin! Jadi, bawang putih ini biasanya digunakan dalam  masakan China. Tambahan pula,  ia juga berfungsi sebagai penambah aroma dalam masakan untuk menjadikan lebih lazat.

Contoh masakan yang sering di bawang putih adalah nasi goreng, roti bawang, stik, Aglio Olio dan banyak lagi kerana bawang putih memang cukup fleksibel dalam penggunaan dalam masakan!

Sumber: pexels

      5. Bawang Holland

Bawang holland sangat terkenal dalam masakan. Lebih-lebih lagi, rasanya yang lemak, sedikit pedas dan berangain yang membuatkan bawang jenis ini sangat penting dalam setiap masakan. Selalunya, bawang ini akna dihiris-hiris dalam bentuk O, kemudian akan di taburkan di atas menu hidangan.

Contohnya, pada akhir menu hidangan ayam merah, hirisan bawang holland yang berbentuk O tadi akan di ditabur di atas hidangan dan di gaul.

Sumber: ttkcs

      6. Bawang Mutiara

Bawang Mutiara ini berbentuk kecil dan bewarna putih dan selalunya tidak digunakan untuk memasak tetapi, selalunya dipanggang untuk dimasak untuk stik atau campuran salad, dibuat acar, atau direbus. Sukar untuk dapatkan bawang mutiara di Malaysia kerana bawang ini berasal dari Indonesia.

Sumber: 4muda

      7. Mulut Bawang

Nah! Bawang ni sangat istimewa. Tak perlu tanam pun, ia ada di masyarakat Malaysia. Mungkin tidak perlu hurai banyak jenis bawang ini kerana mungkin di antara anda berada dalam kategori mulut bawang ini. Ahaks!

Sumber: remaja

 

*Tawaran menarik di Poplook dengan hanya klik di link ini.

 

 

 

 

Sumber: CNN Indonesia

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna