Kena Tahu Tindakan Utama Bila Terhidu Bau Gas Di Rumah

Kebiasaannya bila kita berada di rumah jarang ada masalah bau gas seluruh rumah kerana kita dapat membuat langkah awal dengan memeriksa di mana datangnya bau gas tersebut sebelum merebak ke ruang yang lebih luas.

Tapi, boleh je terjadi saat kita sedang nyenyak tidur dan waktu tu mungkin kita melakukan kesalahan kecil yang membolehkan letupan besar terjadi. Ha, mesti tertanya-tanyakan apalah punca kecil tu? Selalunya, isu suiz elektrik yang boleh menjadi punca kebakaran dan letupan.

via GIPHY

Nasihat dari pihak bomba…

Jangan panik! Kami ada jalan penyelesaian, jom ikuti turutan yang disarankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Antaranya adalah…

  1. Tutup injap gas.
  2. Buka pintu dan tingkap untuk pengudaraan.
  3. Elakkan membuka sebarang suiz sebelum bau tersebut hilang.
  4. Periksa keadaan tong gas, kepala injap, keadaan silinder dan hose salur ke dapur.
  5. Lakukan ujian mengesan kebocoran. jika ada, sila tukar dengan segera.
  6. Setelah diganti dengan yang baru, periksa semula dengan menggunakan air sabun.

Sumber: cariangoogle

Jika waktu malam terjadi dan perlukan cahaya untuk melihat dan memeriksa, mungkin cara lain yang anda boleh buat adalah gunakan lampu suluh telefon pintar seketika.

Pihak bomba turut menerangkan punca gas terbebas keluar, antaranya dapur kegunaan harian telah terlalu lama tidak bertukar ganti, hose saluran dapur gas akan bocor di lipatan tersebut ataupun gas tersebut tidak di letakkan secara sempurna sehingga menyebabkan hose dalam keadaan berlipat.

Harap kita semua ambil perhatian tentang isu kecil ini kerana mungkin boleh menyelamatkan banyak nyawa.

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna