Kena Tahu Beza 8 Jenis Cili Ini

Tak lengkap masakan kalau tak ada cili!”

Kalau pusing mana-mana negara Asia Tenggara, penggunaan cili pasti ada dalam setiap masakan. Tak kiralah sama ada cili pedas atau tidak, warna merah atau hijau. Sampaikan ada sesetengah individu jadikan cili sebagai ulam, kononnya pembangkit selera.

Di Malaysia terdapat beberapa jenis cili yang dijual di pasar raya. Siapa penggemar cili pasti sudah tahu 8 jenis cili yang kami akan bincangkan ini. Pada yang terkejut cili mempunyai banyak jenis, jom ikuti senarai kegunaan dan ciri-ciri kesemua cili yang ada di Malaysia.

via GIPHY

Cili merah

Seperti kita sedia maklum, cili merah atau capsicum annum digunakan untuk dibuat cili kering. Malah, sangat penting digunakan dalam pelbagai masakan melayu. Antaranya, sambal belacan, sambal nasi lemak atau sambal tumis.

Sumber: wom

Cili kering

Cili kering sebenarnya berasal dari cili besar tapi diproses dengan mengeringkan di bawah cahaya matahari sehingga mengecut kekeringan. Cili ini sering dijadikan cili boh (cili kisar) atau serbuk cili kering.

Cili jenis ini sangat penting untuk digunakan dalam pelbagai masakan dan salah satunya ialah sambal nasi lemak, masakan merah atau sambal tumis.

Sumber: makanlena

Cili hijau

Kalau anda perasan, cili hijau jarang digunakan dalam masakan tapi selalu dijadikan cili hijau sumbat yang diletakkan dalam hidangan Nasi Kerabu atau dijadikan jeruk untuk dimakan bersama Char Kuew Teow.

Cili hijau besar merupakan cili yang paling kurang pedas berbanding cili besar merah. Malah cili ini kurang terkenal di kawasan barat dan hanya banyak digunakan oleh masyarakat Asia. Tapi tahukah anda, satu kajian telah membuktikan cili ini mengandungi pelbagai nutrisi.

Menariknya lagi, lebih enam kali ganda vitramin C yang terdapat dalam buah oren. Ia juga memberi kita vitamin A, B2, B6, niasin dan folate yang penting dalam tubuh badan.

Sumber: cariangoogle

Cili padi hijau

Cili padi hijau saiznya agak besar dan gemuk bersaiz sekitar 3 – 4 cm. Tahap kepedasan cili padi hijau ini lebih pedas dari cili padi putih tapi kalah dengan kepedasan cili padi merah.

Jenis cili ini sesuai dibuat Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cili Padi atau sambal kicap Johor untuk dicicah bersama goreng pisang ranggup!

Sumber: tescoonline

Cili padi merah

Cili padi merah sering dikenali sebagai ‘Hot Chili’ kerana mempunyai tahap kepedasan yang sangat pedas. Kandungan bahan kimia yang dikenali sebagai ‘Capsaicin’ merupakan bahan yang menimbulkan rasa pedas dan pijar apabila terkena di bahagian bibir, mulut dan mata.

Sumber: tescoonline

Cili padi putih

Cili padi putih mempunyai bentuk buah yang panjang tirus yang berukuran sekitar 4-6 cm. Cili padi jenis ini sering digunakan untuk hidangan sambal kicap dan juga sambal bakso.

Untuk pengetahuan anda juga, pada awalnya buahnya berwarna kuning keputih-putihan bila masih muda dan berubah menjadi merah kekuningan setelah masak. Cili padi putih ini juga digunakan untuk membuat sos cili kerana warna sosnya akan kelahatan menarik dan mampu menarik perhatian pelanggan.

Sumber: facebook

Cili polermo

Cili polermo merupakan cili hibrid yang mempunyai rasa yang manis (Sweet Taste Chilli) dan jarang kita jumpa di pasar basah biasa. Selalunya dijual di pasar raya. Mungkin kerana penanamannya dikawal agar ia kekal sebagai cili premium.

Kemanisan cili Palermo ini sangat sesuai dijadikan bahan makanan salad kerana memiliki tekstur yang rangup, juicy, tidak pedas dan sedap dimakan apa lagi kalau ia dicampur dengan bahan salad lain mengikut menu resepi salad sebenar.

Sumber: danishharaz

Cili benggala

Cili Benggala atau lebih dikenali sebagai Bell Pepper yang merupakan sejenis sayuran cili dari keluarga Solanaceae. Cili jenis ini sering digunakan sebagai hiasan dan pembangkit selera dalam hidangan.

Apa yang menarik tentang Cili Benggala ini adalah bentuknya yang menarik seperti buah epal jenis red delicious serta mempunyai pelbagai warna menarik seperti hijau, oren, merah dan kuning.

Sumber: mediapermata

Sebenarnya ada je banyak jenis cili lagi di luar negara tapi cukuplah setakat ni kita kenal cili yang ada di Malaysia dulu. Khas untuk anda yang nak terang dekat anak atau pasangan tentang jenis cili, ha bagi je mereka baca artikel ni. Senang!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Beri Si Manja Snek ‘Fruit Pops’ Untuk Zat Vitamin C

Kenali 7 Jenis Bawang Ini

 

 

 

 

 

 

Sumber: animagromyagri

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna