Kena Minum Jus Tomato Dua Kali Sehari Mana Tahu Boleh Cantik Macam Fazura

Nak cantik kena usaha betul tak? Bukannya mengeluh tengok orang lain cantik, tapi anda hanya duduk diam dan biarkan saja. Tanyalah sesiapa pun termasuk artis, pasti mereka ada rahsia atau tip yang mereka mengamalkan untuk kekal berseri dan sentiasa tampil menarik. Tengok macam Fazura, tanpa solekan pun dah lawa mesti cemburu kan!

Dengar cerita Fazura mengamalkan minuman jus daripada buah sebenar untuk memastikan kulitnya kekal sihat dan berseri. Wah patutlah tak makeup pun, masih nampak cantik dalam media sosial rupanya itu  rahsia sebenar Fazura. Untuk pengetahuan anda, buah tomato ni bukan sahaja digunakan dalam masakan, tetapi ianya boleh dijadikan sebagai minuman jus buah yang semula jadi.

Image result for jus tomato

Sumber: cosmo

Mengurangkan Risiko Diabetes

Sugar is a villain for this moment! Walaupun jus tomato tak semanis thai tea atau minuman lain, tetapi penting untuk anda mengawal pengambilan gula dalam rutin harian anda untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes. Ia juga berkesan untuk mengawal penyakit jantung dan pembuluh darah kerana ia mengandungi karbohidrat yang rendah.

Menurunkan Tekanan Darah

Belum cuba belum tahu, just give it a try! Kebiasaannya golongan berusia sering mengalami tekanan darah tinggi, jadi untuk mengurangkannya selain mengambil ubat-ubatan apa kata anda cuba alternatif lain dengan minum jus tomato.

Image result for detoks tomato

Sumber: merdeka

Detoks!

Nak cantik kena buang segala toksin dulu dalam badan, baru lah kulit pun bersih. Kandungan klorin dan sulphur dapat membuang toksin dalam badan dan membantu ginjal dan hati anda dapat berfungsi dengan baik.

Rambut Bersinar

Cuba tengok Fazura, bukan setakat kulit muka je cantik tapi rambut pun bersinar macam iklan di tv gitu. Jus tomato lah jawapanya, kerana ia mengandungi zat besi dan vitamin yang terdapat dalam setiap gelas yang boleh mengembalikan kesihatan rambut dan menebalkan secara semula jadi.

Image result for pori kecil

Sumber: fourlook

Mengecilkan Pori-Pori Di Wajah

Dah makeup pun masih lagi nampak muka ada lubang-lubang kecil di muka, hmm mesti tak seronok kan? Apa kata anda buat masker tomato, caranya mudah sahaja campurkan tomato lenyek, perahan limau dan lumur pada wajah. Biarkan ia selama 20 minit dan bila dengan air suam.

Dalam hidup ni apa sahaja yang anda ingin kan, mesti bermula dengan usaha dan rajin. So kalau nak cantik bak retis kena lah amalkan tip di atas baru letop macam Fazura hiks!

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

5 Idea Kreatif Hidangan Yang Anda Boleh Lakukan Hanya Menggunakan Blender!

 

 

 

Sumber: cosmopolitan

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna