Kena Lebih Hati-Hati Kalau Anda Pergi 3 Tempat Ini Walaupun Lepas PKP Habis

Selepas beberapa bulan dunia menghadapi pandemik COVID 19, nampaknya setiap negara dah mempunyai cara masing-masing untuk menanganinya. Maka, jumlah penularan pun semakin menurun. Banyak juga negara yang mula perlahan-lahan hapuskan perintah lockdown.

Kalau angka penularan menunjukkan penurunan, maka tak mustahil kalau Malaysia pun akan menghapuskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tidak lama lagi. Jadi, bolehlah kita keluar macam biasa namun pada masa yang sama amalkan normal baru seperti yang diarahkan KKM.

BACA: Cara Kekal Produktif Walaupun PKPB Dilanjutkan

via GIPHY

Namun, ada beberapa tempat yang anda kena lebih berhati-hati walaupun Perintah Kawalan Pergerakan dah ditamatkan. Jom kita tengok apakah 3 tempat itu.

Bar

Jumlah orang yang ramai di dalam bar memang membuatkan social distancing susah nak dijalankan. Bukan itu sahaja, faktor ventilasi aliran udara di ruang tertutup yang tak begitu baik menyebabkan bar berkemungkinan tinggi boleh menjadi sebab penyebaran COVID 19.

Pejabat

Oleh sebab kita nak rancakkan semula ekonomi negara, memang hadir ke pejabat adalah sesuatu yang tak dapat dielakkan. Namun begitu, pastikan anda lebih berhati-hati di kawasan seperti lif, tandas, dan tombol pintu. Selalulah bawa hand sanitizer dalam poket tau.

via GIPHY

Gym

Ini pun antara tempat yang perlu diberi perhatian tau. Bahaya tau bila ramai orang berpeluh dan menyentuh peralatan dalam gym tanpa dibersihkan. Jadi, kalau nak pergi gym itu, pastikan anda bersihkan dulu peralatan. Kalau boleh buat senaman di rumah, apa salahnya kan?

BACA: Jangan Ambil Ringan, COVID Boleh Jangkit Melalui Mata!

Itulah antara 3 tempat yang berpotensi menjadi tempat penyebaran tanpa kita sedari. Jadi, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sudah dibatalkan. Langkah pencegahan perlu tetap dilakukan. Ingat, keraplah cuci tangan dan amalkan penjarakkan sosial.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna