Kemeriahan Sekitar Majlis Malam Berinai Fasha Sandha & Aidil Aziz

Selepas melangsungkan majlis pertunangan 5 bulan lalu, pelakon jelita Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah melangsungkan majlis malam berinai di TheLove Matic, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut berlangsung dengan meriah sekali apabila kehadiran suara dan telatah kanak-kanak yang menceriakan lagi suasana majlis tersebut.

Ditambah pula kecantikan pelakon berusia 35 tahun ini pada majlis malam berinai menambahkan lagi seri pengantinnya. Wah! Ini baru majlis malam berinai belum lagi majlis nikah dengan sanding. Mesti lagi gah!

Antara gambar sekitar majlis malam berinai Fasha Sandha…

Fuh! Cantiknya Fasha Sandha walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata. Macam anak dara!

Ramainya yang datang!

Para tetamu yang hadir pada majlis malam berinai Fasha semalam rata-ratanya terdiri daripada sahabat dan saudara yang terdekat.

Donna doakan, segala urusan Fasha dan Aidil sepanjang proses menjayakan majlis resepsi nikah dan sanding dipermudahkan dan semoga hubungan kekal ke akhir hayat.

Sumber: explore

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna