Kementerian Cadang Isteri Guna Suara Doraemon Kalau Nak Tegur Suami

Tempoh Perintah Kawal Pergerakan yang dipanjangkan telah menyebabkan suami isteri meluangkan lebih banyak masa di dalam rumah. Mungkin selama ini kita hanya boleh luangkan masa dengan suami waktu hujung mingu sahaja. Tapi sekarang, setiap masa kita boleh tengok muka suami. Yelah, mereka pun bukannya boleh lepak dengan kawan-kawan dekat luar.

Rupanya bila dah melekat sangat dengan suami, ada sahaja benda yang boleh buat kita angin kadang-kadang. Baru-baru ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada keluarkan poster apa yang isteri patut buat untuk gembirakan hati suami.

Cadangan-cadangan yang diberikan itu dikatakan boleh membantu menjaga keharmonian rumah tangga.

Guna suara Doraemon

Kementerian cadangkan dekat para isteri kalau suami buat benda yang tak menyenangkan, sila guna ayat yang kelakar dan guna gaya Doraemon untuk tegur suami.

Pakai make up kalau kerja dekat rumah

Kalau anda kerja dari rumah. Jangan pakai pakaian dekat rumah. Sila berhias, bersolek dan pakai kemas.

Jangan berleter

Kalau suami anda tak tolong buat kerja rumah, jangan berleter. Tapi maklumkan apa yang mereka kena buat.

Cadangan kementerian itu bagaimanapun telah mendapat kecaman orang ramai. Ada yang menganggap cadangan itu sangat kebudak-budakan dan tidak membantu memperjuangkan wanita.

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita  bagaimanapun telah memohon maaf sekiranya poster itu menyinggung mana-mana pihak.

Jadi, macam mana? Anda setuju atau tak dengan cadangan kementerian ini? Cuba komen di ruangan bawah ini.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Worldofbuzz

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna