Kemeja & Lengan Dilipat, Perunding Imej Ini Bongkar Maksud Penampilan PM

Setiap kali Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman isu-isu terbaru tentang wabak berjangkit, Koronavirus (COVID-19) pasti seluruh rakyat Malaysia akan beri fokus sepanjang ucapan beliau untuk mengetahui sekiranya terdapat undang-undang baru yang dikeluarkan.

Bagaimanapun, perasan tak penampilan Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat bersahaja? Tiada kot hitam yang disarung. Hanya bersahaja. Berkemeja yang lengannya dilipat hingga ke paras siku. Mungkin ada yang beranggapan, Perdana menteri kita penat melakukan kerja untuk memerangi wabak COVID-19 ini.

Maksud penampilan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah…

Ya, ada benarnya tapi hakikatnya, ada maksud lain. Menurut perunding imej Asnawi Yusof, pemilihan gaya pakaian Perdana Menteri itu sebagai bijak kerana dalam etika berpakaian sebegitu terdapat beberapa perkara yang memberi kesan psikologi manusia.

“Jika dilihat pada kedua-dua sidang media sewaktu pengumuman COVID-19 itu, Muhyiddin memilih kemeja putih tanpa corak bersama tali leher kelabu gelap dengan corak minimal. Kali kedua pula, beliau mengenakan kemeja biru cair bersama tali leher rona sepadan tanpa memakai blazer,” jelasnya.

Tambahnya lagi, secara psikologinya Tan Sri kelihatan jujur tanpa ada sebarang ‘maklumat tersembunyi‘ dan pemakaian tali leher pula memberikan tanda keamanan dan harmoni supaya nampak lebih dekat dengan masyarakat. Seterusnya, maksud beliau tidak memakai blazer supaya dirinya rasa lebih membumi dengan masyarakat terutamanya golongan rakyat biasa.

Sumber: cariangoogle

Namun ia tidak semestinya benar tapi sedikit sebanyak mampu beri pengaruh secara tak langsung kepada yang melihat dan mendengar.

Keadaan ini boleh dikaitkan seperti kita melihat individu pakai sut, tali leher kemas, kasut hitam berkilat sambil bercakap menggunakan iPhone 11 Pro, automatik orang akan pandang dia orang berjaya atau anak orang kaya.

Apa pun, segala tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri kita, beri manfaat buat seluruh rakyat Malaysia.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Haiwan Pun Boleh Dijangkiti COVID-19, Macam Mana Dengan Kucing Peliharaan?

Perkauman & Senda Agama! Non-Muslim Hina Projek Tudung Tabung COVID-19

 

 

 

 

 

Sumber: ytchanneltv3 , ytchannelmetrotv

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna