Kembangkan Minda Anak Dengan 20 Soalan Ini

Hm, anak aku ni banyak cakap la pula…”

Anak banyak cakap, salah. Anak cakap sikit, pun salah. Hm, kami faham. Sebenarnya bukan tak suka mereka banyak bercakap tapi tak kena dengan waktu. Tengah sibuk memasak dekat dapur la si kecil datang tanya itu ini. Kita ni, nak fokus memasak. Nanti melayan si kecil, hangit pula masakan.

Tambah pula, soalan yang mereka tanya tu sebenarnya soalan yang berulang. Mana tak pening! Tapi tu sebenarnya perkara biasa. Banyak benda mereka nak tahu.  Lebih-lebih lagi bila mereka berusia 4 – 12 tahun. Lagipun menurut kajian sebanyak 300 soalan akan ditanya oleh si kecil dalam masa sehari,

Aduh! 20 soalan objektif dalam peperiksaan pun belum tentu mampu jawab kesemuanya.

via GIPHY

Jangan risau, jalan penyelesaiannya adalah untuk anda terbalikkan keadaan. Ha, macam mana tu? Maksudnya, anda sebagai ibu, anda pula bertanya soalan kepada mereka. Barulah sel-sel mereka lebih aktif berhubung. Yang penting, soalan tu, janganlah yang susah-susah. Soalan yang santai dan bijak. Misalnya…

  1. Apa yang buat awak rasa seronok?
  2. Macam mana dengan kawan-kawan?
  3. Ibu nak tanya, kalau ada kawan tak suka kawan dengan awak, awak nak buat apa?
  4. Siapa kawan rapat awak? Kenapa mereka?
  5. Siapa superhero awak dan kenapa?
  6. Apa awak rasa bila ibu peluk awak?
  7. Awak tahu tak ibu sayang awak? Kenapa?
  8. Apa jenis kenderaan motorsikal/kereta yang awak nak sangat?
  9. Kalau bercuti, awak nak pergi mana? Kenapa?
  10. Awak pandai lukis apa ye? Cuba lukis, ibu nak tengok lukisan awak.
  11. Haiwan yang awak suka apa? Kenapa?
  12. Kalau dapat bela haiwan yang awak suka tu, awak nak letak nama apa?
  13. Apa awak nak buat kalau nampak kawan tengah bergaduh?
  14. Siapa cikgu yang kegemaran awak? Kenapa?
  15. Siapa cikgu yang awak tak suka? Kenapa?
  16. Cuba awak describe tentang ibu.
  17. Kalau awak diberi peluang untuk bagi nama pada adik, nama apa awak nak bagi?
  18. Cuba awak bagitahu perkara yang awak rasa ibu tak tahu lagi.
  19. Boleh tak awak namakan benda atau nama makanan mengikut turutan abjad ABC sampai Z?
  20. Apa cita-cita awak?

Soalan ni sangat sesuai untuk si kecil sebab soalan yang memerlukan imaginasi dan berfikir. Lagipun tiada salah dan tiada jawapan yang betul. Waktu mereka sedang beri jawapan, anda buat je la kerja sambil mendengar jawapan mereka. Mudah je kan? Selamat mencuba!

Untuk bacaan artikle yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel di sini: Skrin Sesentuh! Memudaratkan Bagi Kalangan Kanak-Kanak ,Screen Time; Sejam Adalah Had Yang Maksimum Untuk Anak-Anak

 

 

 

 

Sumber: instagramparents

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna