Kematian Orang Asli Kelantan Tidak Terkawal Akibat Demam Campak

Kalau sebelum ini tular kes sesetengah ibu bapa yang enggan memberi vaksin kepada anak mereka kerana tidak percaya dengan perubatan sains. Kini, lain pula isu yang timbul berkaitan vaksin apabila penduduk orang asli di kawasan Kg. Kuala Koh, Gua Musang dipercayai diserang penyakit wabak measles atau demam campak.

Kes ini timbul apabila kematian dari penduduk orang asli setakat ini sebanyak 15 kematian orang asli termasuk mayat yang sudah mereput lamanya disebabkan wabak ini. Namun, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Kelantan yakin bahawa jumlah kematian dilaporkan lebih daripada yang dilaporkan media.

sumber: CNA

Hal ini kerana komplikasi demam campak dalam kalangan orang asli kali ini bukan isu yang ringan kerana ia menyebabkan pneumonia, cirit-birit, keradangan otak, otitis media dan kematian.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin, berkata serangan virus campak diikuti jangkitan bakteria sekunder menjadi punca kematian serta serangan sekunder bakteria yang teruk ini menyebabkan kejutan septik yang akhirnya membawa kepada kegagalan fungsi organ tubuh.

Sumber: elevenmediagroup

Faktor penyumbang kepada penularan jangkitan demam campak dalam komuniti Orang Asli Kampung Kuala Koh ini adalah liputan imunisasi yang rendah iaitu hanya 61.5 peratus bagi suntikan dos pertama vaksin (Mump, Measles dan Rubela) serta 30 peratus bagi suntikan dos kedua.

Kesan daripada kejadian ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pemberian vaksin kepada semua penduduk Orang Asli di lokasi terbabit turut dilaksanakan sekaligus turut mengarahkan negeri lain mempertingkatkan pemantauan dan liputan imunisasi komuniti Orang Asli di negeri masing-masing.

Sumber: thesundaily

Nampak tak kesan daripada tidak memberi imunisasi atau vaksin kepada tubuh badan kita? Kepada ibu bapa di luar sana, pastikan anda sentiasa memantau kesihatan si kecil dan orang sekeliling dalam keadaan baik.

Artikel berkaitan:  Debat Vaksin, Siapa Sebenarnya Dato’ Dr Musa Yang Hebat Berhujah?

Jika mereka mengalami gejala sesak nafas, batuk, selsema, mata merah (konjunktivitis) atau ruam selepas beberapa hari, sebaiknya bawak ke klinik secepat yang mungkin dan berikan suntikan vaksin jika belum berbuat demikian.

 

 

Sumber: BH

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna