Kemaluan Berkutu, Suami Nak Bersama Pun Tak Selera!

Ingatkan rambut sahaja yang berkutu, kemaluan pun boleh juga ke?

Mungkin inilah persoalan yang terlintas di dalam fikiran anda sebaik sahaja membaca tajuk artikel ini. Tanpa penjagaan kebersihan yang betul, vagina anda akan mula didatangi parasit  yang tak diundang ‘menumpang’ di alat sulit anda. Tapi, ada juga kes di mana seseorang mendapat kutu akibat berjangkit semasa melakukan hubungan intim.

Jadi, sebelum kutu itu berjangkit dengan suami anda apabila bersama, jom tambah sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang ‘tetamu’ ini.

via GIPHY

Macam mana nak tahu sama ada kemaluan anda berkutu atau tak?

Untuk pengetahuan anda, kutu pada bahagian kemaluan ini sangat halus dan agak sukar nak dilihat dengan mata kasar. Ia akan berwarna kuning dan  berhenti bergerak jika ternampak cahaya. Telur kutu pula akan menetas selepas 6 hingga 10 hari.

BACA: Apa Nak Buat Kalau Kondom Tersekat Dalam Vagina Lepas Hangat Berasmara?

Sumber: ms.remembertlc.net

Gatal-gatal

Kalau dah ada kutu dekat kemaluan anda, memang tak selesa dan gatal memanjang. Jika anda menggaru terlalu kerap, ia akan menyebabkan vagina anda memerah dan merosakkan kulit pada bahagian kemaluan anda.

Bukan itu sahaja, anda juga berkemungkinan mengalami jangkitan bakteria pada bahagian tersebut.

Macam mana nak hapuskan

Jangan sedih kalau suami tak nak sentuh anda sebab keadaan vagina anda. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Anda boleh berjumpa doktor untuk menerima rawatan. Doktor akan memeriksa kawasan yang terkena kutu dan mengubatinya.

BACA: Berbahayakah Kentut Vagina?

via GIPHY

Ada baiknya kalau kita semua tahu tentang bahagian vagina kita. Pastikan tak ada kawasan yang menggalakkan pembiakkan parasit macam kutu ini. Ingat, jaga kebersihan anda. Nanti suami lari!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hellosehat

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna