Keluarkan Cangkul Anda! Berkebun Boleh Kurangkan Stres Sepanjang Kuarantin

Untuk mereka yang baru pulang dari luar negara dan dinasihatkan untuk menjalani proses kuarantin di rumah, pasti merasa tepu kerana tempoh 14 hari boleh dikatakan tempoh agak lama. Merasakan seperti terkurung di rumah membuatkan diri lemah dan tidak bermaya.

Ini ada berita baik yang dikongsikan ahli psikologi Sue Stuart-Smith kerana beliau ada mengatakan bahawa berkebun dan menanam tumbuh-tumbuhan kita sendiri dapat membantu kesihatan kita sepanjang tempoh kuarantin.

Jika kita melihat kembali sejarah, semasa perang dunia kedua, berkebun boleh dikatakan hobi kesukaan masyarakat Belanda. Ia rupanya adalah salah satu cara nak bertahan hidup.

Ruang hijau di dalam kediaman kita penting untuk memastikan kesihatan psikologi kita.

Buku The Well-Gardened Mind ada menyatakan cara berkebun. Sepanjang sejarah, berkebun rupanya telah digunakan sebagai antara terapi para petugas medik.

“Mereka akan tanam biji benih, morning glory, masturtium dan marigold. Bila nampak tumbuhan tumbuh dalam situasi yang penuh krisis dan ketakutan, ia akan membuatkan kita lebih yakin,” katanya.

Kalau kita tengok balik ketika bencana alam melanda dunia macam angin taufan dan Haiti, projek berkebun dalam kalangan penduduk memang giat dilakukan. Ia bagi memberi semula perasaan normal dan mengembalikan daya tahan kepada penduduk setempat. Aura dikelilingi tumbuhan ini lain macam tau!

Bukan itu sahaja, ketika terjadinya Tsunami. Penduduk di Fukushima pun menanam tanaman dengan cara apapun. Asalkan dapat dilihat dan disentuh dengan tangan mereka. Ini sangat penting untuk membantu mereka yang menderita gangguan stress pasca-trauma.

Jadi, apa kata kita contohi apa yang dilakukan oleh mereka semasa melawan bencana. Pandemik ini pun adalah bencana untuk kita semua pada tahun 2020. Jika kita menanam sesuatu dan menjaganya. Ia akan memberi satu kepuasan dan kebahagian dalam diri kita.

Jadi apa lagi, ajak anak-anak anda tanam tumbuh-tumbuhan di kawasan rumah anda. Kita mesti menang!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna