Kelemumur, Gatal, Berminyak! Jom Buat Cara Mudah Ini Untuk Jaga Rambut Anda

Kalau sebelum ini Donna ada membuat perkongsian tentang cara penjagaan rambut dari 3 orang artis (anda boleh klik di sini untuk bacaan lebih lanjut). Kali ini Donna ingin membuat perkongsian tentang cara penjagaan rambut yang utama kepada para wanita terutama sekali yang berhijab.

Bayangkan kalau rambut berbau, orang sebelah boleh jadi tak selesa dan kalau yang ada pasangan tu, mesti turn off bila nak bermanja. Nak ke? Mestilah tak nak! Jadi, ikut langkah penjagaan rambut yang Donna kongsikan di bawah. Mudah je!

Bila rambut basah…

Jangan sesekali pakai tudung bila rambut basah! Orang mat saleh kata, “A big no! No!”. Hal ini kerana terhasil bau kepam pada bahagian rambut walaupun syampu rambut yang anda pakai berbau wangi. Jika anda tidak bertudung, pastikan elak ikat rambut ketika basah. Biarkan dilepaskan sehingga kering.

Sumber: wowkeren

Serum

Kepada yang tidak tahu, serum rambut adalah satu cecair yang digunakan pada rambut atas tujuan tertentu. Haa… jangan ingat kulit wajah saja kena sapu serum, rambut juga memerlukan serum untuk tidak kelihatan bercabang, mengembang atau kusam. Ia juga untuk melindungi dari sinar UV. Kepada wanita bertudung, lagi digalakkan pakai serum untuk kesihatan rambut.

Sumber: wom

Sisir

Donna yakin, pasti ada setengah daripada pembaca Donna mesti jarang sikat rambut. Lagi-lagi bila rambut basah, di lepaskan kering dan terus ikat! Janganlah macam tu, manjakan mereka dengan menyisir rambut untuk mengelakkan dari mengalami rambut kusut.

Sumber: Brillio

Rawatan cucian

Selain daripada 3 langkah penjagaan rambut di atas, mungkin anda boleh memberikan perhatian lebih kepada makhota wanita dengan memberi rawatan di salon menggunakan promosi hebat hanya di Superdeals!

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna