Kelebihan Orang Pendiam Yang Orang Ramai Tidak Tahu

Selalunya bila lihat individu yang pendiam pasti anda akan memikirkan gaya hidupnya yang bosan. Iyalah, kawan tak ramai, jarang bergelak tawa dengan rakan-rakan dan kebanyakan mereka kelihatan sombong.

Tapi, jangan salah faham mereka inilah golongan yang paling banyak memonopoli banyak bidang seperti bidang perniagaan, politik dan juga belakang tabir dalam dunia media. Jangan main-main! Diam-diam ubi berisi.

Malah, menurut Ketua Pengarah Perbadanan FD Parker, Farrah Parker, golongan individu yang pendiam ini sebenarnya bukanlah seorang yang pemalu atau tidak suka bergaul tetapi lebih suka membuat kerja sendiri.

Walau bagaimanapun, personaliti individu pendiam ini sebenarnya ada banyak kelebihannya, antaranya adalah…

Dapat luangkan banyak masa dengan diri sendiri

Bila sibuk dengan kerja, berbual dengan kawan-kawan dan bersosial di media. Kadang-kadang terlupa nak luangkan masa untuk diri sendiri. Tapi, tak semestinya kurang bergaul dengan kawan-kawan atau bersosial di media dapat luangkan masa dengan diri sendiri.

Maksud sebenar di sini adalah, bila kita menjadi pendiam, kita akan bercakap benda yang penting dan kita akan melakukan perkara yang penting juga. Secara tidak langsung, masa untuk diri sendiri lebih banyak berbanding dengan orang lain

Untuk pengetahuan anda, meluangkan masa untuk diri ni sebenarnya boleh dijadikan terapi. Misalnya, dapat mengurangkan tekanan hidup dan dapat memuaskan keinginan sendiri dengan perkara yang kita minat.

Menjadi pendengar yang bagus

Menurut pakar Psikoterapi, Tina B. Tessina, individu yang pendiam adalah seorang pendengar yang bagus kerana mereka mengetahui bagaimana nak mendengar masalah orang.

Sumber: pexels

Malah, mereka juga lebih cenderung menerima pendapat orang lain kerana mereka akan mendengar terlebih dahulu, hadam, berfikir dan baru membuat keputusan. Keputusan yang mereka ambil kira itu, selalunya lebih bernas daripada individu yang gemar bercakap.

Dikelilingi dengan sahabat bukan kawan

Biasalah, bila pendiam diri anda tidak akan dikelilingi dengan ramai kawan. Tapi, anda akan dikelilingi dengan sahabat! Susah senang, gembira, sedih anda dengan mereka saja.

Lagipun, elok juga bila dikelilingi dengan orang terdekat je. Tak perlu nak jaga hati banyak orang.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan menjadi individu yang pendiam tapi kalau nak tahu apa lagi kelebihan menjadi individu pendiam, mulakan dari sekarang!

 

 

 

 

Sumber: livestrong

Tags: , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna