Kelainan Sikit, Kali Ni Sambut Hari Ibu Cara Kuarantin PKP!

Masa yang berkualiti adalah hadiah paling terbaik buat insan bergelar ibu. Hakikatnya, dalam era zaman teknologi si anak lebih gemar memberi tumpuan pada skrin telefon pintar berbanding ibunda tersayang yang di depan mereka.

Kadang-kala si ibu berbual rancak bercerita di depan anak tapi si anak leka menekan-nekan papan kekunci skrin telefon. Tapi bila berada dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang berjauhan dengan keluarga sehinggakan rindu saat berdua bersama.

via GIPHY

Macam mana nak sambut hari ibu musim PKP ni?

Mulalah timbul rasa bersalah kerana mengendahkan ibu tersayang dan ada juga yang diberikan rezeki masih bersama keluarga walaupun musim PKP. Seperti kita tahu, esok adalah Hari Ibu tapi apa yang kita boleh buat?

Tak apa, kami ada idea cara sambut hari ibu musim PKP ni. Antaranya….

  1. Hantar makanan kegemaran – Bagi yang duduk berjauhan, buat pesanan makanan kegemaran untuk ibu anda. Pasti mereka gembira, anak jauh tapi masih lagi ingat pada mereka. Bagi yang duduk serumah pula, bangun lebih awal sedikit untuk sediakan makanan waktu sahur yang special sikit.
  2. Hantar barang – Sebenarnya tak semestinya hantar makanan, boleh jadi hantar barang yang mereka memerlukan. Tak kisahlah yang berjauhan atau duduk serumah, buat penghantaran barang atas nama mereka.
  3. Buatkan video ringkas – Duduk serumah atau tidak, buat video ringkas untuk mereka. Cukup dua hingga tiga minit. Video yang menunjukkan gambar throwback dan disertakan bait-bait ayat menghargai pengorbanan dan menyanyangi mereka.
  4. Rendahkan ego – Pada yang duduk jauh, buat panggilan video atau buat panggilan telefon untuk meluahkan rasa terima kasih dan sayang anda pada mereka. Kalau duduk serumah dengan si ibu, terus bagi pelukan kasih dan luahkan rasa sayang. Oh! Jangan lupa beri ciuman ikhlas di pipi.
  5. Doa – Tak semestinya hadiahkan si ibu menggunakan duit tapi mendoakan juga boleh dikatakan satu pemberian hadiah. Sedekah Al-Fatihah tak kira sama ada ibu anda sudah meninggal atau masih hidup.

via GIPHY

Kami yakin, tak ramai anak boleh lakukan kesemua cadangan di atas lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai hubungan yang tak berapa rapat dengan si ibu tapi sekurang-kurangnya buat salah satu pilihan di atas, okay?

Sebelum terlambat, hargailah setiap saat dengan orang yang tersayang sebab kita tak tahu bila hari terakhir kita bercakap dan meluangkan masa dengan mereka.

Selamat hari ibu untuk semua para ibu di dunia!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Senarai Hadiah Untuk Ratu Hati Di Hari Ibu

Salman Khan Batalkan Majlis Perkahwinan?

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: GH

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna