Kekurangan Tak Halang 13 Model ‘Istimewa’ Tawan Dunia Peragaan

Ramai yang suka trend baru ini dalam industri fesyen kerana ia mendidik masyarakat agar bukan kesempurnaan dan kecantikan semata-mata perlu ada dalam diri seorang model, tetapi kekuatan lain seperti berani menghargai diri.”

Kekurangan diri bukanlah bebanan malah merupakan anugerah untuk terus berusaha dan berjaya dalam hidup. Tidak ada manusia yang sempurna. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kadangkala sebahagian orang merasa kecewa pada diri sendiri kerana sebuah kelemahan yang dimiliki. Padahal setiap manusia juga mempunyai kelebihan tersendiri. Mengapa orang tidak mengembangkan atau fokus pada kelebihan yang dimiliki.

Pada 1994, seorang gadis albino yang tidak dikenali telah menghantar gambarnya kepada Jean Paul Gaultier. Pereka terkenal itu terus jatuh cinta dengan penampilan Connie Chiu yang luar biasa dan menjemput gadis itu untuk menggayakan koleksinya di pentas peragaan. Connie menjadi model albino yang pertama menakluk dunia fesyen. Kisah Connie itu telah membuka lembaran baru kepada revolusi industri fesyen. Model sempurna kini turut digantikan dengan lelaki dan wanita yang luar biasa, berani, dan unik yang menghargai semua kelebihan yang ada pada penampilan diri mereka. Ramai yang suka trend baru ini dalam industri fesyen kerana ia mendidik masyarakat agar bukan kesempurnaan dan kecantikan semata-mata perlu ada dalam diri seorang model, tetapi kekuatan lain seperti berani menghargai diri. 13 individu ini adalah antara model terkenal antarabangsa yang mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri dalam pentas peragaan.

CONNIE CHIU

Sumber Foto: ellisparrinder

Selepas menjadi sebahagian daripada jenama pereka Jean Paul Gaultier pada tahun 1994, Connie Chiu terus melebarkan kerjayanya sebagai model albino pertama di dunia dan menceburkan diri dalam industri muzik.

AMANDA WELLS

Sumber Foto: Amy

Amanda didiagnosis dengan masalah Vitiligo ketika berusia 18 tahun. Dia segera bangkit untuk meneruskan kehidupan. Untuk menerima kenyataan tentang masalah tersebut, gadis ini mengambil langkah positif dengan menyiarkan video di YouTube dan berkongsi gambarnya di media sosial. Ramai orang menyukai mesej yang ingin disampaikan dan memutuskan untuk menyokongnya.

SOPHIA HADJIPANTELI

Sumber Foto: sophia

Sophia Hajipanteli mempunyai kening semulajadi berwarna hitam yang lebat dan menjadi penyokong utama untuk kumpulan alis lebat. Para pengikut kumpulan tersebut sangat suka kepadanya kerana sifat keterbukaannya yang tidak mementingkan kesempurnaan.

KOKIE

Sumber Foto: kokie

Model Amerika yang bercita-cita tinggi, Kokie berbangga dengan penampilannya yang mempunyai kulit yang tidak sempurna. Gadis itu jarang menggunakan produk kecantikan untuk menutup celanya dan selesa memperlihatkan pigmentasi kulitnya. Kokie kini sedang menyambung pengajiannya dalam bidang biologi.

TESS HOLLIDAY

Sumber Foto: tess

Tess Holliday adalah model bersaiz besar Amerika pertama yang menandatangani kontrak dengan agensi model antarabangsa yang terkenal.

FREYA LAWRENCE

Sumber Foto: freya

Bakat Freya telah dikenalpasti sejak berusia 14 tahun lagi dengan muka unik, bertelinga besar, bintik-bintik, dan mata yang redup. Kerana itu ramai melihatnya mempunyai penampilan yang luar biasa. Gadis ini pernah menjadi model untuk jenama popular seperti Mulberry, Chloe, dan Celine.

YVESMARK CHERY

Sumber Foto: yvesmark

Yvesmark Chery mempunyai masalah Vitiligo. Kerana penyakit ini menjadikan penampilannya lebih dikenali dan menarik. Yvesmark memegang pada prinsip bahawa setiap orang perlu mengikut jalan mereka sendiri dan tidak perlu ambik peduli dengan piawaian yang ditetapkan masyarakat selagi tidak melanggar undang-undang.

REBEKAH MARINE

Sumber Foto: rebekah

Rebekah merupakan gadis cantik yang memiliki tangan bionik. Yang mempunyai lengan bionik menjadikan impiannya menjadi kenyataan dan menjadi model. Pada tahun 2015, Rebekah dipanggil untuk menjadi model sambilan untuk Miggu Fesyen New York. Sejak diperkenalkan kepada umum, gadis ini terus menerima banyak tawaran untuk pentas peragaan sehingga dikenali ramai.

SARAH TAYLOR

Sumber Foto: sarah

Sarah pernah lalui pengalaman buruk dibuli serta disisih orang sekeliling gara-gara mempunyai tanda cela di wajah jelitanya. Hari ini, dia boleh berbangga dan tidak lagi rasa rendah diri kerana keunikan raut wajahnya menjadikan dia ‘seseorang’ hari ini. Sarah memukau ramai orang dengan kecantikan semulajadinya.

CARLOTTA RUNZE

Sumber Foto: carlotta

Kebanyakkan daripada kita tidak merasa yakin apabila mempunyai hidung yang besar, tetapi tidak Carlotta. Dia menganggapnya sebagai ciri yang paling menarik.

DUSTIN BICE

Sumber Foto: dustin

Sejak berusia 3 tahun, Bice didiagnosis menghidap sindrom Alopecia, iaitu tidak mempunyai alis, bulu mata, atau rambut. Berasal daripada Texas, Bice kini telah menakluk pentas peragaan di New York dan dikagumi ramai kerana memiliki wajah yang unik.

LILIANNA RUGER

Sumber Foto: lili

Lilianna Ruger merupakan model British dengan wajahnya dipenuhi freckles. Keunikan tersebut merupakan antara sebab gadis ini sering dipilih terlibat dalam pelbagai projek untuk pengambaran acara berskala besar.

EKATERINA TIMOSHENKO

Sumber Foto: ekaterina

Ekaterina Timoshenko model albino berasal dari Belarus. Kerjaya modalnya baru sahaja bermula, tetapi ramai pemerhati fesyen bersetuju bahawa dia bakal menggegarkan industri.

 

 

Sumber: brightside

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna