Kekal Awet Muda Dengan Cara Mudah Ini

Age is just a number” Agithew..Siapa kata sudah berusia tidak boleh nampak muda persis anak dara. Eh, jangan salah anggap, kami tak jual produk tau,hiks! Tapi Donna ada tip yang boleh anda praktikkan untuk tetap kelihatan muda.

Menarik lagi, perkongsian ini tidak memerlukan anda mengikat perut, berbelanja besar, atau makan ubat-ubatan untuk awet muda. Tidak percaya? Kalau anda nak badan macam Che Ta, ikut panduan yang Donna kongsikan ini

1. Amalkan minum air masak di waktu pagi

Sumber: breaking news

Lakukan ini setiap hari! Anda harus minum air masak untuk memastikan sistem pencernaan perut yang baik serta badan kekal mencukupi kandungan air untuk hidrasi supaya kulit anda tidak kelihatan kusam, kering, tidak bermaya sehingga membuat muka anda lebih tua dari umur sebenar.

Selain itu, amalam minum air masak yang secukupnya dapat memberikan kulit anda berkilat dan kelihatan sihat sekaligus dapat memberi kesihatan dalaman. Barulah kekal muda dan sihat seperti 20-an!

2. Sentiasa makan

Sumber: pexels

Menurut sebuah buku berjudul The Hormone Secret, badan anda akan menjadi sakit-sakit, kurang sihat, mudah di jangkiti penyakit dan wajah muka kelihatan tidak bermaya adalah kerana anda menyekat sumber kalori, nutrien tidak mencukupi dan diet cara salah sehingga badan tidak menerima karbohidrat dan lemak yang mencukupi.

Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, setiap hidangan anda perlulah mengandungi zat makanan yang seimbang. Antara pengambilan makanan yang sihat dan dapat membuat anda kelihatan muda adalah…

  1. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan di ambil pada setiap hari. Sebiji epal pada waktu pagi dan sayur-sayuran pada waktu tengah hari pun sudah memadai.
  2. Makan pada waktu tengah hari perlulah sebelum jam 1.30 tengah hari atau selepas 5 petang (jika boleh dan digalakkan)
  3. Elakkan makan pada waktu malam kerana pada sebelah petang, perut anda sudah menerima jumlah makanan yang banyak.
  4. Amalkan makan malam sekitar 6.30 petang – 7.00 petang.

Dengan makan sepanjang hari, badan anda akan menjadi kurang letih, dapat menghalang dari terkena gastrik dan membantu anda dari makan berlebihan.

3. Sekali sekala makan makanan bergandum

Sumber: pexels

Mana-mana makanan yang berkaitan dengan gandum termasuklah roti gandum, akan bertukar kepada gula dan dapat meningkatkan insulin anda. Ini bermakna, anda perlu mengambil makanan yang berunsurkan gandum berbanding makanan yang mempunyai unsur gula lain (molases).

4. Elakkan makan makanan ringan

Sumber: pexels

Ha, mentang-mentanglah Donna suruh anda sentiasa makan, ia bukan memberi anda peluang untuk mengambil makan makanan ringan seperti muffin, coklat bar, kek, gula-gula atau makanan yang tidak berkhasiat.

Tetapi, makan makanan yang berkhasiat seperti Yoghurt atau buah epal dan sedikit sayur-sayuran. Barulah awet muda!

5. Tenangkan minda

Sumber: pexels

Percayalah, apabila anda pulang saja dari tempat kerja, perkara pertama yang anda lakukan adalah membelek skrin telefon anda, menyalakan televisyen atau membuka komputer riba untuk menonton rancangan kegemaran anda.

Ini kerana, anda merasakan itulah waktu santai yang anda perlukan untuk melepaskan penat dan lelah di tempat kerja tetapi, sebenarnya bukanlah satu aktiviti yang bagus badan dan kepala anda masih lagi mempunyai bebabanan dari tempat kerja.

Ini akan menyebabkan wajah anda cepat kelihataan tua. Untuk mendapatkan wajah yang awet muda, persekitaran anda haruslah terhindar dengan perkara-perkara yang memberi anda tekanan.

Sepatutnya, apa yang anda perlu lakukan adalah mandi kemudian duduk rehat di atas sofa dengan badan menegak sambil memejamkan mata. Kosongkan fikiran anda dan anda akan merasakan kepala anda tidak terbeban dengan bebanan kerja.

Apa pun, elakkan segala ubat atau produk yang melibatkan proses dalaman kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang akan datang. Stay young and healthy!

 

 

Sumber: livestrong

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna