Kejam! Bapa Sanggup Hempas Anak Ke Lantai Sebab Anak Nak Air

Hancur hati apabila ayah sendiri bertindak mengamuk dan menghempas anak sendiri ke lantai hingga bengkak di kepala dan luka di dahi. Itulah  cerita yang terjadi baru-baru ini di Padang Rengas sewaktu sesi makan malam keluarga itu.

Cerita begini, ketika si ibu sedang sibuk menguruskan jadual persekolahan anak-anaknya. Tinggallah si bapa dan anaknya di dapur yang sedang menikmati hidangan. Tiba-tiba dia terdengar jeritan dan tangisan.

Si ibu pun kembali ke dapur. Alangkah terkejutnya si ibu apabila anaknya sudah terbaring dengan luka di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Deputi Superintendan Zahiri Hassan berkata suspek mendakwa mangsa sudah mengetuk kepalanya sewaktu dia sedang menikmati makan malam lalu membuatkannya marah. Siasatan awal mendapati suspek mengangkat lalu menghempas mangsa ke lantai sebanyak sekali.

BACA: Ini Apa Yang Ibu Bapa Kena Tahu Sebelum Bagi Anak Tonton Youtube

“Sejurus kejadian suspek berusia 37 tahun itu melarikan diri namun berjaya diberkas di rumahnya 12 tengah hari semalam. Suspek baru sahaja dibebaskan dari penjara dua minggu yang lalu,” katanya.

Nasib baik ibu kanak-kanak malang itu bertindak bijak dengan membawa anak itu ke klinik. Namun kanak-kanak itu dinasihatkan untuk mendapat rawatan susulan di Hospital Kuala Kangsar.

Pemeriksaan mendapati suspek yang juga seorang penganggur mempunyai lima rekod membabitkan kes dadah selain dua rekod jenayah.

BACA: ;Rasa Nak Mati, Lelaki Ini Tak Tahan Jadi Tempat Lempias Nafsu Darah Daging Sendiri

Apa pun, sama-sama kita doakan agar anak itu tidak trauma dan dapat meneruskan hidup dengan bahagia seperti kanak-kanak lain.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna