Kedai Buku Seluas Tiga Kali Ganda Kolam Renang Olimpik Bakal Dibuka Di KL

Bila sebut Kuala Lumpur, jaranglah orang nak ingat perpustakaan atau kedai buku. Biasanya orang akan kaitkan dengan kesesakan lalu lintas atau menara berkembar. Nampaknya semua itu akan berubah tahun depan. Kini, kedai buku terbesar di Taiwan bakal membuka cawangan di Kuala Lumpur!

Kalau di Taiwan, Eslite Bookstore ini memang terkenal betul dengan operasi bisnes 24 jam. Bukan hanya jual buku, mereka ada jual CV, DVD, baju, barangan hadiah, kafe dan banyak lagilah. Sesiapa yang pernah travel ke Taiwan mesti tahu kewujudan kedai buku ini. Kini, Malaysia bakal menerima kedatangan kedai ini pada tahun hadapan bergantung juga kepada keadaan semasa.

Jadi, berikut adalah antara keunikan yang ditawarkan kedai buku ini nanti.

Seluas padang bola

Keluasan kedai ini dikatakan sebesar 3,3oo sehingga 6,600 kaki persegi. Ia kira-kira tiga kali ganda saiz kolam renang sukan Olimpik atau menyamai 92 peratus saiz padang bola sepak. Pendek kata, memang tak habis la nak jalan seharian. Itu belum lagi kalau anda akan terpesona dengan buku di setiap rak.

Sumber: Says

Ada kafe 

Khas untuk anda yang nak baca buku lama-lama. Kedai buku ini juga ada menawarkan kafe untuk anda minum kopi dan teh sambil baca buku. Anda boleh duduk di bangku selesa sambil membaca dengan bau aroma kopi.  Kafe ini juga menawarkan sandwich, british scones, salad dan banyak lagi menu lain.

Sumber: Says

Lebih banyak pilihan buku

Antara sebab Malaysia menjadi pilihan ialah kerana kita mempunyai pembaca dari kelompok bahasa Mandarin seperti di Taiwan. Namun, di Malaysia, mereka akan meluaskan pilihan buku tempatan dengan tajuk yang pelbagai. Ini kerana, menurut mereka kedai buku tidak hanya tempat untuk hanya menjual buku bestseller. Ia juga adalah tempat untuk pembeli mencari buku  yang dicadangkan berjam-jam lamanya di kedai ini.

Sumber: Says

Jadi macam mana? Mesti kedai buku ini akan memonopoli beberapa tingkat bangunan di Kuala Lumpur. Lepas ini bolehlah lepak atau bawa anak-anak duduk lama-lama di kedai buku ini. Lepas pandemik berakhir, rasanya ini adalah tempat rehat baru untuk kita semua lari daripada kesibukan kota kan? Tak sabar!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Says

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna