Antara barang yang didermakan termasuk 150 pakaian, dan 75 barang kemas bernilai £6,000 (RM31,600) membabitkan jenama fesyen terkenal seperti Gucci, Alexander McQueen, Emporio Armani, Stella McCartney dan Victoria Beckham.

Sumber Foto: Dailymail

Menurut pengasas Thrift+ Joe Metcalfe, mereka terkejut menerima sumbangan begitu banyak barang berjenama. Barang daripada penderma misteri tersebut yang merupakan beg tangan Louis Vuitton berjaya dijual dalam masa beberapa minit sahaja selepas diiklankan.

Sumber Foto: Dailymail

Thrift+ mendermakan separuh daripada hasil jualannya kepada badan dan aktiviti amal sementara penderma yang berdaftar akan menerima 25 peratus hasil jualan. Laman web itu menjual barang berharga serendah £19 (RM100).

Sumber Foto: Dailymail

Menurut pihak Thrift+, penderma itu tidak meninggalkan sebarang maklumat mengenai dirinya menyebabkan sebanyak 75 peratus hasil jualan disalurkan terus kepada Dress For Success, badan amal untuk membantu wanita yang bersedia untuk temu duga kerja.