Kecoh Tentang Umrah DIY & ‘Backpacker’, Sebenarnya Boleh Ke Tak?

Mungkin sebahagian daripada kita masih tak tahu apa itu umrah DIY atau umrah Backpacker. Kalau kita cari maksud bagi singkatan DIY dalam bahasa Inggeris pun, Do It Yourself.

Maksudnya semuanya diuruskan sendiri oleh individu yang ingin menunaikan umrah. Bermula dari tempahan tiket penerbangan, tempahan hotel penginapan, visa umrah, menempah kenderaan untuk pergerakan di sana, atur jadual sepanjang keberadaan di tanah suci, dan sebagainya sehinggalah pulang ke Malaysia semula.

Sumber: afyan.com

Erti kata lain, daripada A hingga Z semua urusan diatur sendiri. Tiada mutawwif atau pegawai yang akan menguruskan seperti syarikat travel lain dan kalau kita google umrah DIY pun dah banyak confession rakyat Malaysia buat umrah guna cara ni, siap bagi tip lagi.

Tapi, pernah tak anda terfikir umrah cara ini dibenarkan atau tidak?

via GIPHY

Menurut Ketua Setiausaha Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Rashidi Hasbullah, sesiapa yang ingin mengerjakan umrah perlu mendapatkan visa daripada agensi pelancongan berdaftar dengan kementerian dan disahkan sebagai rakan muassasah kepada Kedutaan Arab Saudi.

Beliau turut memesan kepada semua rakyat Malaysia, supaya mematuhi garis panduan sedia ada menerusi saluran yang betul serta elakkan melakukan perancangan mengerjakan umrah DIY (secara sendiri) kerana boleh ditangkap oleh pihak berkuasa Arab Saudi jika gagal mengikut prosedur yang betul.

Sumber: BH

Kesimpulannya, walupun nak pergi umrah biarlah betul-betul cukup dari segi kewangan. Jangan sampai kerana memudaratkan diri sendiri. Pastikan anda benar-benar yakin yang anda mampu menguruskan segalanya sendiri, jika tidak adalah lebih baik jika anda pergi bersama agensi yang telah berdaftar.

Semoga semua umat Islam dalam dunia ni, merasa menjejakkan kaki ke tanah suci.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Buat Kali Pertama Ke Umrah Ini ‘Checklist’ Yang Perlu Disediakan Bagi Jemaah Wanita

Balik Dari Umrah, Amyra Rosli Ambil Keputusan Untuk Berhijab?

 

 

 

 

 

 

Sumber: HMHM

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna