Kecoh! Hanya Sebab ‘Wish’ Hari Bapa, Nabila Huda Mengamuk Balas Komen Ibu Tiri Di Instagram

Alahai kacau mood, bila dah sweet-sweet buat ucapan sempena hari bapa, ibu tiri menyindir pula! Eh apa cerita sebenarnya ni. Mungkin sebelum ini anda pernah dengar tentang pergaduhan Nabila Huda dengan ibu tirinya di media sosial tapi kali ini  seperti makin kecoh dan rata-rata ramai yang backup Nabila.

Isteri penyanyi rock tersebut telah memuatnaik satu caption yang menjelaskan bahawa suaminya tidak pernah menyambut Hari Ibu atau Hari Bapa kerana dia menyatakan Amy Search seorang yang bersifat konservatif dan sambutan tersebut bukan untuk orang Islam.

 

Panas hati dengan komen tersebut, Nabila tidak mendiamkan diri dan membidas kenyataan daripada ibu tirinya.

Sumber: Instagram

Darah Dia Ada Dalam Badan Aku

Siapa je yang tak marah kalau ucapan hari bapa pun kena sindir! Menurut Nabila, dia menyatakan bahawa posting tersebut adalah luahan ikhlas sebagai seorang anak kepada bapanya. Bukan itu sahaja, Nabila turut berasa apabila keadaan sebegini berlaku seperti drama dalam hidup. Dia mendakwa tidak akan rampas bapanya kerana sampai akhirat pun Amy Search masih bapanya yang sah.

Berdoa Agar Lembutkan Hati Ibu Tirinya

Nada tulisan yang masih berang, Nabila Huda memuat naik kata-kata nasihat agar ibu tirinya dapat mengharungi hidup dan berubah ke arah yang lebih baik. Dia juga turut mengharapkan agar ibu tirinya lembut hati dan menerima kenyataan bahawa namanya akan kekal berbinti kan suaminya.

Apa-apa pun, buang yang keruh ambil yang jernih. Sebagai netizen yang prihatin apa kata anda doakan sahaja agar hubungan mereka dapat dipulihkan semula.

 

Artikel lain:

Kenapa Sampai Perlu Cek DNA Anak? Abam Terasa Dihina Oleh Pak Cik Ini

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna