Kecil Bukan Sebarang Kecil! Semut Charlie Ini Sangat Berbisa

Semut Charlie lebih berbisa dari Ular Tedung!”

Kalau sebut serangga bernama semut, pasti terfikirkan semut hitan, semut kerengga dan semut hutan. Namun, adakah anda tahu sebenarnya terdapat kira-kira 10 ribu spesis semut yang di kenal pasti. Belum lagi kalau yang belum dikenal pasti. Entah-entah mencecah ratusan ribu! Walau bagaimanapun, hanya dalam lingkungan 40 spesis semut sahaja yang boleh dikategorikan sebagai serangga berbahaya dan perosak dalam persekitaran manusia.

Antaranya adalah semut Charlie. Fizikal semut ini berbntuk panjang badannya, kakinya halus dan memanjang ketepi dna berwarna oren hitam. Semut ini sangat berbahaya dan sedang tular di Malaysia kerana boleh mengakibatkan kulit menjadi gatal, melepuh serta kemerahan.

Justeru itu, ahli Immunologi iaitu Dr Maryam Azlan telah tampil memberitahu kepada pengguna media sosial menerusi tweetnya agar berhati-hati dengan semut kecil tapi mampu memberi kesan yang buruk kepada manusia. Terutamanya, kalangan bayi atau kanak-kanak yang tidak tahu tentang semut ini.

Menerusi tweet Doktor maryam tersebut, beliau turut memuat naik sekeping gambar yang menerangkan beberapa ciri fizikal dan apa yang perlu anda lakukan jika terlihat semut Charlie ini. Antaranya adalah:

  1. Saiz kurang 1  cm
  2. Semut ini berada di kawasan padang rumput dan padi
  3. Tertarik pada cahaya lampu pada waktu malam
  4. Mengeluarkan cecair berbisa yang mampu menyebabkan keradangan kulit

 

Sumber: Dr Maryam Azlan

Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna