Kecewa! Si Ibu Tak Halalkan Susu

Bayarlah dengan darah atau jumlah jutaan wang ringgit sekali pun, tetap tak akan mampu ganti pengorbanan dan jasa walaupun setitik air susu ibu. Begitulah ungkapan betapa besarnya jasa orang tua kita.

Meskipun sesetengah mereka sudah tiada di atas muka bumi ni, kita sebagai anak yang soleh harus tetap meneruskan bakti pada mereka dengan menitipkan doa untuk kesejahteraan hidup mereka di sana.

via GIPHY

Anak tuntut duit pencen si ibu…

Apa yang membuatkan kami membuka cerita tentang susu ibu apabila seorang wanita, Praya Tiningsih mengharamkan susunya walau setitis dan meminta anaknya membayar kembali. Apa dah jadi ni?

Dia yang berusia 52, berkata demikian selepas anaknya, Rully Wijayanto yang menuntut pembahagian harta pusaka membabitkan tanah seluas 4.2 ekar, rumah serta wang pencen. Hm, bahagian mak pun nak ambil ke?

Bagaimanapun wanita berasal dari Semayan, Lombok Tengah itu menolak pembahagian berkenaan dan tidak menerima konsep dicadangkan anaknya, mengkhusus kepada empat perkara.

Menurutnya, Rully melanggar kehendak dan pesanan arwah suami yang meminta harta pusaka tidak dibahagikan kerana semasa suaminya masih hidup, arwah sempat memesan bahawa rumah diduduki sekeluarga tidak boleh dibahagikan, dijual dan perlu menjadi rumah bersama.

Penerangan dari pihak Rully…

Sementara itu, Rully berkata, pembahagian harta dilakukan untuk mengetahui hak mereka dan dia juga menegaskan tidak merosak ataupun menjual rumah pusaka berkenaan, sebaliknya sekadar meminta pengesahan terhadap bahagian masing-masing.

“Nanti jika diputuskan (pihak berkuasa), kita tahu hak kita, adik, mama saya dan supaya tiada yang cuba menuntut harta warisan arwah bapa,” katanya.

Apa pun niat Rully, sebaiknya minta maaf dengan si ibu terlebih dahulu dan bawa bincang baik-baik. Mungkin cara Rully agak kasar sehingga membuatkan hati si ibu terguris.

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Isu Pelajar Tahfiz Yaman Tak Mampu Bayar Bilik Kuarantin Hampir 2 Ribu Ringgit

Kena Tahu Tindakan Utama Bila Terhidu Bau Gas Di Rumah

 

 

 

 

Sumber: hmetro

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna