Kebimbangan Utama Rakyat Bertukar. Kajian Terbaru Ini Buka Mata Ramai Pihak

Rasuah merupakan kebimbangan utama bagi rakyat Malaysia, sebelum dan juga selepas PRU-14, tetapi setahun selepas pentadbiran kerajaan yang baharu, kebanyakan rasa bimbang itu berpindah kepada rasa bimbang terhadap jenayah dan keganasan, diikuti inflasi serta kos sara hidup.”

Selak surat khabar je terbaca kes culik, kes dera. Berita di kaca-kaca televisyen juga tidak ketinggalan melaporkan kes-kes jenayah yang berlaku hampir setiap masa dan setiap hari. Belum lagi kisah-kisah viral yang disebarkan secara meluas di media sosial yang kadang-kala memperlihatkan video atau gambar-gambar mangsa jenayah tanpa tapisan atau filter. Perkara sebegini sangat merisaukan lebih-lebih lagi buat kaum wanita dan kanak-kanak yang dianggap lemah.

Dalam satu kajian bertajuk ‘What Worries Malaysia’ yang dilakukan oleh sebuah firma penyelidikan pasaran, Ipsos, menunjukkan, “Kini lima kebimbangan utama rakyat Malaysia ialah jenayah dan keganasan dalam masyarakat sebanyak 39 peratus, inflasi atau kos sara hidup (34%), rasuah (32%), kemiskinan (31%) serta pengangguran dan kerja (28%).”

“Dapatan ini berbeza dengan lima kebimbangan utama pada Mac dan April 2018 iaitu rasuah kewangan atau politik sebanyak 47 peratus, jenayah dan keganasan dalam masyarakat (40%), inflasi atau kos sara hidup (32%), pengangguran dan kerja (32%) serta kemiskinan (28%).”

Target Utama

Jika suatu ketika dahulu kita boleh menganggap rumah sebagai tempat paling selamat untuk berlindung, namun kini tidak lagi. Lihat sahajalah terdapat banyak kes keganasan dan jenayah melibatkan kaum wanita seperti penderaan, kes cabul dan rogol berlaku di dalam rumah. Kebanyakkan mangsa jenayah yang dilaporkan didominasi oleh wanita dan juga kanak-kanak yang tidak berdaya. Salah wanita sendirikah jika perkara ini terjadi? Atau mungkin faktor lain yang menyumbang?

Tiada siapa sanggup membayangkan diri mereka sebagai mangsa jenayah namun hanya berfikir sedemikian tidak membantu anda untuk tidak menjadi sasaran utama penjenayah.

Elak jadi mangsa jenayah

Persepsi wanita itu ‘lemah’ sehingga mendedahkan diri mereka kepada bahaya yang menggugat keselamatan diri harus dikikis! Bagaimanakah caranya? Sudah tiba masanya bagi wanita menangkis tanggapan itu dan belajar untuk menjadi ‘sekuat’ lelaki dengan melengkapkan diri mempelajari seni mempertahankan diri.

Ia bukan lagi saranan tapi ia merupakan perkara wajib bagi setiap wanita. Ini kerana kita perlu berfikir seperti mana penjenayah berfikir. Faktor utama mereka memilih kaum wanita sebagai target adalah kerana mereka menyangkakan wanita adalah kaum yang lemah dari segi fizikalnya. Anda tidak perlu menjadi sehebat peninju negara atau wakil silat Malaysia, tapi cukup jika anda tahu asas untuk mempertahankan diri di saat kecemasan seperti mengenali titik lemah pada badan manusia juga apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan diri daripada berhadapan dengan situasi tersebut.

Di India, penubuhan Unit Polis Wanita dalam pasukan bersenjata India membuatkan ramai tersenyum gembira. Kehadiran mereka memecahkan tradisi pasukan keselamatan yang selama ini didominasi lelaki.

Namun paling penting adalah tujuan penubuhannya bagi membanteras jenayah seksual dan mengubah budaya membisu apabila membabitkan kes rogol. Mesej yang hendak mereka sampaikan ialah tidak ada toleransi langsung dalam isu keganasan terhadap wanita.

Keganasan terhadap wanita adalah isu global yang memerlukan pembabitan semua pihak, khususnya lelaki dalam menanganinya.

Tanggapan lelaki berkuasa

Sebahagian masyarakat masih hidup dengan tanggapan lelaki lebih berkuasa terutama di dalam rumah tangga. Tanggapan sebegini bererti apa sahaja dilakukan lelaki termasuk mengasari isteri adalah perkara yang biasa kononnya sebagai usaha mengajar atau mendidik isteri. Jika perkara ini dilihat oleh anak-anak, mereka juga akan meniru dan menganggap itu adalah perkara normal dalam kehidupan sedangkan ia tidak seharusnya begitu.

Ada juga tanggapan masyarakat yang terus menyalahkan wanita secara membuta-tuli kononnya, salah wanita yang menjadi mangsa rogol kerana mengenakan pakaian seksi, atau mengapa mereka berada di lokasi sedemikian.

Mangsa seharusnya dibantu, bukannya dikecam!

Wanita bukanlah kaum yang lemah seperti dimomokkan seantero dunia. Golongan wanita merupakan tunjang kekuatan sesebuah negara dan pembangunan serta kejayaan yang dikecapi Malaysia hari ini adalah antara lain sumbangan penuh bermakna daripada wanita hebat negara kita.

Justeru semua pihak perlu berganding bahu dalam memperkasakan antara satu sama lain.

 

 

 

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna