Keadaan Hari Pertama Persekolahan Untuk Musim COVID-19

Akhirnya sesi persekolahan membabitkan tingkatan lima dan tingkatan enam bermula hari ini selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama hampir tiga bulan akibat penularan wabak COVID-19.

Seperti kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham pelajar yang memulakan hari persekolahan perlu mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang telah ditetapkan dan disediakan oleh hasil kerjasama KPM, MKN dan KKM.

Keadaan sekitar sekolah hari pertama COVID-19…

Untuk memperketatkan lagi kawalan sepanjang sesi persekolahan, Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, berkata seorang pegawai berpangkat inspektor dan seorang anggota berpangkat sarjan yang juga pegawai perhubungan sekolah terbabit akan berada di setiap premis sekolah sepanjang waktu sesi persekolahan dari jam 7.30 pagi hingga 2 petang pada setiap Isnin sepanjang tempoh PKPP.

Tengoklah keadaan sekolah pada hari pertama COVID-19, bukan main ketat lagi garis panduan sampai yang penunggang motorsikal pun terpaksa beratur.

SOP ketat…

Belum lagi susunan meja dalam kelas, keadaan meja perlu dijarakkan satu meter seperti sedang menjalani peperiksaan. Malah, sebelum masuk ke perkarangan sekolah mereka harus membuat pemeriksaan suhu badan.

Pelajar mana yang melebihi suhu 37.5 darjah Celsius atau bergejala seperti selsema, demam atau batuk tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

Makanan disediakan…

Manakala aktiviti di luar bilik darjah seperti sukan dan kokurikulum secara bersemuka, tidak dilaksanakan sehingga suatu tarikh dimaklumkan nanti. Begitu juga keputusan kemasukan pelajar lain untuk mereka boleh kembali bersekolah seperti biasa.

Ya, itulah norma baru yang harus dilakukan, bukan pada hari pertama saja. Memang agak remeh tapi ini untuk keselamatan pelajar, guru dan rakyat.

Perlu diingat, rakyat tidak boleh alpa dengan segala kelonggaran diberikan kerajaan kerana segalanya kini berada dalam tangan 32.7 juta rakyat Malaysia. Good luck student and stay safe!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Diberi Keutamaan Kepada Pelajar Tingkatan 5 & 6” – Dr Noor Hisham

Sadis! Lepas Diceraikan, Ibu & 5 Anak Kecil Tidur Dalam Kereta 5 Hari

 

 

 

 

 

 

Sumber: BHtwitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna