Keadaan Hari Pertama Persekolahan Darjah 1 Hingga 4 Macam…

Rabu lalu, 22 Julai merupakan hari pertama murid tahun 1 hingga 4 menyambung sesi persekolahan mereka yang tertangguh kira-kira empat bulan akibat penularan wabak COVID-19.

Apa yang menarik perhatian kami adalah keadaan semasa hari pertama sekolah musim COVID-19. Sangat mengejutkan apabila melihat beberapa keping foto yang tular dia media sosial.

Tiada penjarakan sosial…

Lihatlah, tiada penjarakan sosial. Bukan saja dalam kalangan pelajar tapi ibu bapa juga. Sesak seakan ada pesta!

Ada pelajar menangis…

Perkara ini dimuat naik oleh salah seorang pengguna Facebook yang ingin dikenali Hamdan Misai.

Katanya, anak-anak sekolah ramai kelihatan tidak tahu di mana ibu bapa mereka dan ibu bapa pula tak tahu bagaimana nak cari anak mereka. Guru pula sudah tak ada suara nak keluarkan arahan.

Bagaimanapun, nama sekolah tidak dapat dikenalpasti cuma apa yang boleh simpulkan adalah jaga penjarakkan sosial dan terangkan pada si kecil di mana sepatutnya dia menunggu untuk berjumpa selepas tamat waktu persekolahan.

Pihak sekolah pula haruslah melaksanakan proses pelepasan pelajar sekolah secara berperingkat sewaktu keluar ke perkarangan sekolah serta memathui SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Ingat! Kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Maksudnya, negara kita belum bebas dengan wabak berjangkit ini.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pembayaran Jumaat Ini, Ini Cara Semak Status Untuk BSH Fasa Ke-3

Tak Sampai 10 Minit Belajar Dekat Sekolah, Pelajar Ini Terima Berita Sedih

 

 

 

 

 

 

Sumber: bernama

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna