Kaum Lelaki Wajib Tahu 9 Bahan Asas Masakan Ini!

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa, kaum lelaki mula bertindak lebih berdikari dengan membeli barangan dapur secara bersendirian tanpa kehadiran isteri di sisi.

Jika si suami yang mempunyai isteri yang lebih suka membeli keperluan dapur sendirian selama ini. Tugas memberi keperluan dapur seorang diri sememangnya agak mencabar bagi mereka. Pada waktu inilah si suami boleh kenal-kenal dengan barang asas masakan.

Alah, tak susah mana pun. Lepas ni senanglah nak cari barang masak. Isteri pun makin sayang. Betul tak?

Ikan bilis

Sumber: Pasarman

Jenis-jenis ikan itu nanti dulu. Apa yang penting hari ini ialah kita belajar dulu ikan bilis. Setiap rumah memang akan ada ikan bilis yang telah diawet dengan garam serta dijemur sehingga kering. Ia boleh disimpan selama berbulan-bulan tau. Kalau nak tumis sayur, nak masak nasi goreng, memang kena ada ikan bilis ni baru sedap.

Bawang Putih

Bawang putih ni banyak khasiatnya tau. Sebab itu ia tak hanya dijumpai dalam masakan Melayu sahaja. Lauk bangsa lain pun banyak guna bawang putih. Waktu nak beli tu, jika anda tengok akarnya sudah hijau atau hitam, maksudnya bawang itu sudah tua.

Sumber: Anteroaceh

Bawang Merah

Kalau dah ada bawang putih, mestilah kena ada bawang merah. Ia boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, mencairkan darah dan elak serangan jantung. Ini juga benda wajib ada kalau nak masak makanan Melayu.

Halia

Ya betul, inilah halia yang keluarkan angin dalam badan. Biasanya orang akan masak halia dengan kentang atau makanan bersantan. Ada juga yang minum air halia kalau perut rasa tak selesa.

Lengkuas

Biasa ramai yang keliru antara halia dan lengkuas ini. Biasanya lengkuas ini adalah rempah kita yang terkenal dan selalu dijadikan ubat untuk menguatkan tenaga atau nak bagi hilang bau ikan atau daging.

Kunyit hidup

Kalau serbuk kunyit tu anda dah biasa tengok, kan? Kali ini apa kata anda berkenalan dengan kunyit hidup yang tak asing lagi dengan masakan Melayu terutama kali masak lemak orang Negeri Sembilan. Ia juga sangat baik untuk kesihatan untuk merawat gatal-gatal pada kulit.

Ubi kentang

Boleh dikatakan bahan penting. Bila wujudnya kentang, segala masakan kita rasa sedap berkali ganda. Tak kisahlah sambal kentang ke, sup, kari, kurma, karipap eh semuanya memang sedap la! Jadi, anda wajib kenal macam mana rupa ubi kentang.

Bunga lawang

Ini rempah yang wajib anda tahu tau. Bila wujud bunga lawang, automatik masakan kita terutama daging akan jadi lebih sedap. Selain itu ia akan bantu kita untuk melegakan sakit dada, sengal tulang dan kembung perut.

Cengkih

Yang ini bau dia lebih padu. Biasa orang akan guna nak masak beriyani. Cara nak tahu bunga cengkih anda elok ke tak, letak dia di dalam air. Kalau dia terapung, maka bunga cengkih anda masih elok.

Lepas ini, anda akan lebih yakin untuk ke kedai. Maklumlah, dah arif serba sedikit bahan asas masakan. Jangan lupa kongsikan artikel ini, apa salahnya kita berkongsi ilmu betul tak? Selamat mencuba.

 

 

Baca juga:

Lucu! Telatah Para Suami Panik Beli Barang Dapur Curi Perhatian Netizen

Buat Apa Nak Malu?Lelaki Mr Papa Kongsi Pengalaman Jaga Anak, Masak di Rumah

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna