“Kau Tolak Sampai Anak Bini Dia Jatuh Motor,” – Pekerja Sektor Awam Buat Hal

Sekarang ramai pemandu kenderaan pancuan empat atau dua roda memasang dashcam di mana kegunaannya dapat merekodkan pelbagai kejadian yang berlaku di atas jalan dan semasa berada dalam kereta.

Begitulah satu rakaman dashcam yang berjaya merakam satu kejadian yang mengejutkan orang awam di situ dan warganet. Rakaman tersebut menunjukkan pasangan lelaki perempuan menolak motor isteri dan anak sehingga jatuh motor di tepi jalan, alahai! Kenapa sampai tolak-tolak insan yang lemah ni?

Laporan lengkap…

Menurut penerangan dari pengguna akaun Facebook, Hisyam Nozi, motorsikal yang dinaiki dua individu tersebut dikatakan berada di pihak yang salah kerana telah menghalang laluan jalan simpang tiga sebelah kanan.

Tindakan itu membuatkan penunggang motorsikal yang membawa isteri dan anak melanggar motorsikal tersebut dan lelaki yang menghalang laluan telah menolak sehingga anak kecil dan isterinya terjatuh dari motor.

Hm, kalau marah sekalipun janganlah bertindak begitu. Lebih-lebih lagi jika kita sedang menyarung pakaian seragam mana-mana syarikat atau jabatan kerajaan. Sekarang ni, segala perincian individu tersebut sudah disebarkan dan akan diadukan pada pihak Kementerian Pertahanan (MinDef).

Video rakaman yang berjaya dirakam…

Harap masalah ini dapat diselesaikan dengan aman. Kita sebagai pengguna jalan raya ambil iktibar untuk tidak bertindak di luar jangkaan dan lebih bersabar bila di atas jalan raya.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pihak Genting Highland Tak Benarkan Geng Konvoi Kenderaan Naik Atas?

Masih Berleluasa! DBKL Angkut Gerai Warga Asing

 

 

 

Dapatkan tawaran menarik dengan hanya klik link ini.

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna