“Kau Naiklah Baim!” – Aliff Syukri Ajar Anak Tunggang Kambing

Kalau sebut nama usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri pasti ada saja perkara pelik-pelik yang dia buat sampaikan timbul kecaman hebat dari warganet.

Lihat sajalah video baru-baru ini yang dimuat naik menerusi saluran You Tube miliknya sendiri. Kecoh dengan tindakannya yang bawa masuk dua ekor kambing dalam rumah.

“Kenapa bawa masuk dalam kambing ni?”

Walaupun isterinya, Datin Shahida sudah melarang tapi Dato’ tetap dengan pendiriannya ingin bermain kambing yang kini sudah menjadi peliharaannya di dalam rumah, alahai Dato’!

Tapi itu bukan menjadi isu, apa yang menarik perhatian kami apabila dia menyuruh anak ketiganya, Ibrahim  atau lebih mesra dengan panggilan Baim menunggang anak kambing tersebut, adoi! Nasib baik Baim tak nak.

Bayangkan kalau Baim ikut je arahan ayah dia, habis dua ekor anak kambing tu dikerjakan dua beranak ni. Tengoklah sedutan video berikut, pening tengok!

YOUTUBE TV TERLAJAK LARIS

"BIAR BETUL KAMBING TIDUR DALAM ISTANA RUMAH AKU" – TV Terlajak Laris TV Terlajak Larisnak tengok video lebih panjang klik link di bawah ni 👇👇👇https://www.youtube.com/watch?v=_T50WRiN4UU&feature=youtu.be

Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Wednesday, June 17, 2020

Suara netizen…

Macam biasa posting tersebut dibanjiri dengan suara-suara sumbang dari netizen di ruangan komen. Ada yang syorkan membela ular sawa sebagai haiwan peliharaan. Harap jangan pula Dato’ ikut betul cadangan netizen.

Ahai! Mungkin niat Aliff Syukri nak menghiburkan pengikutnya je tapi kena ingat juga setiap perlakuan kita adalah cerminan anak-anak.

So, ladies macam mana pula dekat rumah? Ajar anak apa musim PKP ni? Jangan ajar bukan-bukan sudahlah ye, ihiks! Selamat berhujung minggu.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik lagi, klik saja senarai artikel berikut:

Elak Tengking & Cubit! Cuba Cara Ni Bila Anak Tantrum

Sekolah Warga Asing Dah Mula Beroperasi?

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna