Katakan Tidak Pada Kentang Goreng, Ini Resipi Kentang Yang Sihat

Sebut je kentang goreng, terus kecur liur ni. Agak pelik kalau ada yang tolak makanan ringan ni. Lagi-lagi kalau kentang goreng dari sebuah restoran makanan segera yang terkenal tu. Rasa masin yang padu, panas dan rangup mampu buat orang ramai terbayang-bayang keenakkan kentangnya.

BACA:

Menu Ini Mampu Turunkan Berat Badan 5 Kilo Dalam Seminggu!

Harus diingat, cara memasak kentang mempengaruhi nilai khasiatnya. Ya, memang benar kentang kaya dengan gizi nutrien tapi kalau masak dengan cara bergoreng, maka khasiat dalam kentang akan hilang dan menyebabkan memberi kesan buruk pada kesihatan tubuh. Nak ke?

via GIPHY

Mesti anda mula fikir apa lagi hidangan yang boleh buat dengan kentang selain menggoreng, kan? Sekarang ni, tak perlu fikir dah sebab Donna akan beri senarai resipi yang sesuai untuk makan kentang dengan cara yang sihat.

Kentang kukus

Mungkin menu ini agak cliche dan membosankan tapi ada cara lain untuk membangkitkan selera. Antaranya kukus bersama bawang putih, kemudian taburkan rempah kegemaran anda atau serbuk cili, rosemary, daun parsli dan makan bersama sayur bayam untuk rasa yang lebih ummpphh!

Tip lain, anda boleh masukkan kentang ke dalam sup daging atau sayur untuk dapatkan rasa yang berperisa.

Salad

Selalu kita makan salad dengan sayur-sayuran kan? Kali ni, kita makan salad kentang pula. Mudah saja cara penyediaannya. Kentang rebus yang telah dipotong dadu dicampurkan bersama yogurt, thousand island, bawang, saderi, paprika merah, hirisan salad, baby tomato dan kacau sehingga sebati.

Sumber: detikfood

Kentang bakar

Seperti artikel sebelum ini, Donna ada konsikan tentang khasiat kulit kentang jadi, cara masak kentang bakar ini tak perlu susah-susah kupas kulit kentang pun. Caranya, cuci kentang sebersih yang mungkin kemudian lubangkan bahagian tengah kentang seperti dan susun di atas loyang.

Sumber: kulinerwisata

Sapukan minyak zaitun, sumbat cheese mozarella, taburkan garam dan paprika. Bakar dalam suhu 450 darjah celsius ataupun 15-20 minit. Untuk lebih sedap, makan bersama ikan salmon salai atau daging salai. Sedapnya!

Tara! Mudah saja kan? Kepada yang nak diet atau sukakan makanan ringan. Boleh je try resipi ni.

Sumber: rasa

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Comments

    • alias
    • 12 February 2020
    Reply

    salam, kalu kentang ada tunas sedikit, blh ke makan lagi

      • Afiqa Sarif
      • 19 February 2020
      Reply

      Sebaiknya, jangan makan 🙂 Untuk kesihatan berpanjangan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna