Kasut Bertumit Poke’ Ball Kini Di Pasaran, Siapa Berani Nak Try?

Rasanya semua orang pernah tergila-gila rancangan animasi terkenal Pokemon. Waktu zaman muda dulu, mesti anda pernah melekat depan televisyen untuk tengok bermacam jenis haiwan dengan kuasa masing-masing.

Mungkin anda dah biasa dengar baju, barang mainan atau komik Pokemon. Tapi anda belum pernah dengar lagi kan kasut bertumit tinggi Pokemon? Ini ada satu inovasi yang unik dan menarik daripada China apabila sebuah kasut bertumit Poke Ball telah dihasilkan.

Cuba bayangkan anda masuk ke dalam bilik mensyuarat dengan kasut ini. Mesti semua orang akan terdiam dan anda dapat rasa aura semangat Pokemon di dalam diri anda. Gitu! Oleh sebab kasut dia warna hitam, jadi warna tumit akan nampak lebih menyerlah.

Kami belanja dari belah sisi pula.

Setakat ini, kasut tersebut hanya dijual di Zara China dan mereka belum ada perancangan nak jual di negara luar. Tapi terfikir juga, agak-agaknya apa baju yang sesuai kalau nak dipandankan dengan kasut Poke Ball ini kan? Anda rasa macam mana?

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Soranews24

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna