Kasihan! Dua Beradik Hidap Penyakit Pelik, Tua Sebelum Tiba Waktunya

Pelbagai cara dilakukan oleh individu hari ini untuk mengelak daripada tua dengan cara menyuntik kolagen atau mengambil makanan tambahan tertentu.”

Perkataan ‘tua’ itu sendiri menyebabkan ramai yang terasa hati dan bersedih dengan perubahan umur atau rupa paras terutamanya wanita. Disebabkan itu ramai yang berlumba-lumba cuba untuk menutup kelemahan itu dengan melakukan pelbagai kaedah yang sesuai walaupun kehabisan jutaan ringgit. Namun tidak bagi pasangan adik-beradik yang masih muda ini. Setiap hari mereka perlu berdepan dengan hakikat rupa yang makin berusia walaupun umur masih muda tanpa ada cara yang boleh dilakukan untuk ubah tubuh tua itu.

Dua pasangan adik-beradik barasal dari Belgium ini menghidap sejenis penyakit cepat tua. Michiel berusia 20 tahun dan adik perempuannya, Amber Vandeweert, berusia 12, adalah dua daripada 155 penghidap satu keadaan genetik dipanggil progeria yang hanya berlaku sekali dalam setiap lapan juta kelahiran.

Sumber Foto: Dailymail 

Menurut Wim Vandeweert, bapa bagi adik-beradik istimewa ini, Michiel dikesan menghidap penyakit itu ketika berusia lapan bulan manakala adiknya kira-kira tujuh minggu selepas dilahirkan. Kedua-duanya mengalami masalah keguguran rambut, tidak mempunyai gigi serta berat badan tidak bertambah. Tahap kesihatan mereka berdua sama seperti orang tua yang sudah berusia sedangkan mereka masih muda.

Pada awalnya keluarga kedua-dua pasangan ini terkejut apabila Michiel dan Amber disahkan menghidap sindrom Progeria. Penyakit ini sepatutnya tidak diwarisi secara genetik malah kes dua-beradik menghidap penyakit sama juga pernah direkodkan pada sepasang kembar seiras sebelum ini.

Sumber Foto: Dailymail 

Walaupun hanya bergantung kepada ubat-ubatan dari Amerika Syarikat untuk terus hidup, Michiel mampu memandu kereta go-kart dan ingin menjadi seorang deejay manakala adiknya teringin menceburi bidang tarian.

Jangka hayat mereka adalah tidak lebih daripada 12 tahun. Namun mereka kedua-dua sudah melangkaui jangka hayat diberikan doktor walaupun badan mereka mengalami proses penuaan 10 kali ganda lebih pantas.

 

Sumber: Dailymail 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna