Kantoi! Pelacur Warga Asing Ditangkap Musim PKPP Ni

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah ungkapan yang dapat diberikan untuk kes sindiket pelacuran yang cuba menyorok di sebalik pintu besi.

Kononnya, menggunakan taktik dengan mengubah suai pintu masuk ke premis mereka dapat mengelak dari dihidu pihak berkuasa tetapi, mereka salah. Fuh! Hebatlah polis.

Sumber: bh

Guna pintu besi!

Operasi mereka ini bersarang di rumah kedai di tingkat satu di sebuah bangunan komersial di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dengan menggunakan pintu besi serta pintu bermagnet.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya berjaya menahan 17 wanita warga asing dari Vietnam, China dan Indonesia yang juga dipercayai pelacur berusia antara 17 hingga 38 tahun di tiga lokasi terbabit.

“Kami turut menahan empat lelaki tempatan berusia 27 hingga 45 tahun yang juga penjaga premis di tiga lokasi serta enam pelanggan termasuk seorang lelaki warga China berusia 28 hingga 55 tahun,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan semalam.

Sumber: hmetro

Tambahnya lagi, kesemua wanita terbabit ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan atas kesalahan terbabit dalam kegiatan pelacuran; Seksyen 372 B kanun yang sama kerana menawarkan khidmat pelacuran serta kesalahan mengikut Akta Imigresen.

Selain itu semua penjaga premis dan pelanggan warga tempatan turut dikenakan tindakan saman kompaun kerana melanggar syarat PKPP. Ingat, kita masih belum menang. Stay at home dan stay safe!

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel:

Bukit Aman Hidu Ada Pegawai Lindungi Premis Judi Tak Berlesen

Dikatakan Fitnah Polis, Ini Penjelasan Asri Janggut

 

 

 

 

 

Sumber: hmetro

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna