Cerita dongeng Sleeping Beauty merupakan kisah kanak-kanak yang seringkali diperdengarkan kepada umum.

Tidak disangka kisah dongeng tersebut rupanya bukan fantasi. Seorang kanak-kanak lelaki di Britain disahkan menghidap sejenis penyakit pelik Sindrom Kleine-Levin atau lebih dikenali sebagai sindrom Sleeping Beauty. Sindrom itu membuatkan Masow Howe yang berusia 11 tahun tidur 20 jam sehari kadangkala sehingga beberapa minggu sekali.

Sumber Foto: Dailymail

Kanak-kanak lelaki itu didakwa mengalami episod pertama penyakit tersebut ketika dia berusia enam tahun.

Sumber Foto: Dailymail

Ibu bapanya memberitahu, Mason akan tidur sekitar 20 jam sehari dan baki beberapa jam lagi dia berada dalam keadaan separa sedar.

Sumber Foto: Dailymail

Ibunya, Marie Howe, bimbang mengenai masa depan anaknya khususnya berkaitan pendidikan di sekolah. Tempoh paling lama Mason habiskan dengan tidur dalam waktu yang lama adalah selama enam minggu menjelang sambutan Krismas tahun lalu.

Sumber Foto: Dailymail

Berdasarkan kes yang pernah direkodkan di seluruh dunia, individu yang menderita sindrom Sleeping Beauty ialah golongan lelaki. Sindrom ini melibatkan masalah gangguan saraf yang kompleks dan membabitkan fungsi kelenjar hipotalamus. Kelenjar ini terletak di bawah talamus, betul-betul di bawah pangkal otak dan ia hanya sebesar biji badam. Antara fungsi utama kelenjar ini ialah mengawal kitaran tidur dan nafsu makan. Apabila berlaku gangguan di bahagian kelenjar ini, terdapat kebarangkalian penyakit Sleeping Beauty tercetus dan menyebabkan seseorang itu mampu tidur selama hampir 20 jam sehari.

Sumber Foto: Dailymail

Penyakit tersebut masih tidak mempunyai penawar dan kaedah rawatan tertentu. Oleh itu, pesakit perlu dipantau bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. Meskipun demikian, doktor berpendapat, keadaan itu tidak akan berpanjangan dan akan beransur hilang seiring dengan peningkatan usia. Biasanya, pesakit akan pulih sendiri apabila meningkat dewasa iaitu kira-kira selepas 10 hingga 15 tahun menghidap penyakit tersebut.