Kanak-Kanak Ini Menghidapi Penyakit Kulit, Eina Azman & Suami Datang Membantu

Mungkin ramai masih ingat, pelakon Datin Paduka Eina Azman yang sangat terkenal dengan peribadinya yang bagus. Mana tidaknya, menerusi akaun instagram miliknya, dia sering menunjukkan bakat memasak, manja, pandai melayani suami, pandai menjaga penampilan walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata kembar.

Terbaru, pelakon berusia 23 tahun itu telah memuat naik sebuah posting tentang cerita viral di laman media sosial dan meminta pengikutnya di Instagram untuk memberitahu informasi detail tentang keluarga tersebut.

Berita itu telah menarik perhatiannya kerana berita tersebut mengenai sebuah keluarga sedang menghadapi masalah kewangan untuk menampung perbelanjaan 2 orang anaknya yang menghidapi penyakit kulit dengan hanya gaji RM850 sebulan.

Sumber: Instagram Eina Azman

Mungkin dengan kuasa media sosial, Eina dapat menghubungi keluarga tersebut. Buktinya, menerusi akaun Instagram Eina, dia telah berkongsi momen pertemuan itu dengan memuat naik beberapa keping gambar bersama ibu dan si kecil yang menghidapi penyakit kulit.

Tidak ketinggalan, suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah turut serta ketika pertemuan itu.

Sumber: Instagram Eina Azman

Pada posting tersebut, Eina turut meluahkan mengapa dirinya ingin mencari keluarga tersebut dan menceritakan serba sedikit apa yang berlaku ketika di hantar di sebuah klinik swasta di Subang Jaya. Dia juga meminta orang ramai menghulurkan bantuan untuk meringankan beban pasangan ini.

Berikutan itu, ruangan komen pada posting tersebut, telah dibanjiri lebih dari 6 ribu komen! Dahsyat betul pengikut Eina ni, ihiks!

Tidak cukup dengan itu, dia turut berkongsi momen bersama keluarga tersebut di insta story.

 

Sumber: Instagram Eina Azman

Tags: , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna