“Kali Terakhir Kena Solek Waktu Wedding 8 Tahun Lepas,”- Gambar Pavithra Ala Model Tular

Rezeki pasangan Youtuber terkenal Sugu dan Pavithra melimpah ruah dari hari ke hari. Selepas video call dengan Perdana Menteri minggu lepas, kini gambar Pavithra yang ala-ala model terkenal menjadi tular di laman sosial.

Ramai yang kagum dan terpesona dengan gambarnya yang disolek dengan juru make up terkenal Malaysia, Razzi Musa untuk sebuah portal. Mana tidaknya, selalunya kita lihat Pavithra hanya berpakaian biasa tanpa solekan di dalam video tutorial masakkan.

Sesekali disolek sedemikian cantik, memang buat ramai terkejut. Pavithra mengakui bahawa dia memang tak gemar bersolek. Kali terakhir dia bersolek ialah semasa majlis perkahwinannya 8 tahun lepas.

“Seumur hidup ini adalah kali pertama saya pakai bulu mata palsu. Kali terakhir saya disolek pula adalah lapan tahun lepas ketika berkahwin.

“Dari dulu saya memang tak minat bermekap. Sebelum kahwin adalah pakai celak. Lepas ada anak memang tak mekap langsung. Keluar rumah pun kadang-kadang sahaja pakai bedak.” katanya dalam portal berkenaan.

Pavithra juga menyarungkan busana daripada pereka fesyen terkenal tanah air antaranya pakaian daripada Wanpa, Rizman Ruzaini, Bernard Chandran dan Gayathiri Silk Sarees Palace. Jom kita tengok antara sentuhan yang dikenakan dan gambar Pavithra.

Menjadi terkenal dengan sepantas kilat memang mengubah hidupnya. Pavithra sendiri mengakui agak kekok untuk menyesuaikan diri dengan panggilan telefon yang datang daripada pemanggil yang tak dikenali. Rata-ratanya datang dari syarikat produksi televisyen dan wartawan.

Adakalanya dia juga turut terkesan dengan kata-kata tajam netizen. Tapi itulah yang menguatkan semangatnya untuk menghasilkan video yang lebih baik. Ala, cakap-cakap orang ini tak payah la nak dilayan sangat. Betul tak?

Bila dah berjaya, memang ramai nak tumpang nama dan menjatuhkan kita. Itulah asam garam hidup. Apapun, gambar ini memang cantik. Pavithra betul-betul macam model!

 

 

 

 

 

Sumber: Pepatung

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna