“Kalau Zain 50 Tahun, Akak 90 Tahun la kan?” – Sambut Anniversary, Umur Che Ta & Zain Jadi Isu

Selebriti jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta telah genap mendirikan rumah tangga selama 5 tahun bersama pelakon kacak, Zain Saidin.

Sumber: instagram che ta

Baru-baru ini, pelakon berusia 45 tahun ini juga telah menyambut ulang tahun perkahwinannya bersama saudara mara terdekat yang juga terlibat dalam dunia seni. Antara yang menghadiri majlis tersebut adalah bekas pelawak Senario, Lan Pet Pet dan Ayu Raudhah.

Malah, Che Ta turut berkongsi suasana sekitar majlis ulangtahun perkahwinannya. Sangat meriah! Tapi, dalam kesemua kemeriahan posting majlis tersebut, satu rakaman video telah menjadi perhatian para pengikutnya.

Rakaman video tersebut membangkitkan isu umur Che Ta dan Zain yang agak jauh. Suara tersebut berbunyi seperti,

“Kalau Zain 50 tahun, akak 90 tahun la kan?”

Walaupun suara tersebut berbaur gurauan tetapi, para pengikut Che Ta membanjiri ruangan komen dengan mengatakan umur bukan penghalang, asalkan kedua pasangan bahagia.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman keluarga terdekat mereka yang mempunyai umur jarak jauh dan keduanya boleh merasa bahagia dalam mendirikan bahtera.

Apa pun, Donna doakan kebahgiaan kedua pasangan ini dalam mendirikan rumah tangga hingga ke akhir hayat.

Suasana sekitar majlis ulangtahun perkahwinan Che Ta

 

 

 

Sumber: instagram che ta

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna