Kalau Tak Nak Buah Pinggang Cepat Rosak, Amalkan Corak Pemakanan Ni

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa kami buka topik tentang penyakit buah pinggang kan? Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Bahari Awang Ngah berkata, bilangan pesakit buah pinggang di seluruh negara dijangka meningkat 106,000 menjelang tahun 2040.

Apa yang lebih membimbangkan lagi, sebanyak 64 peratus pesakit buah pinggang yang menerima rawatan dialisis adalah penghidap diabetes. Jika gagal dikawal dan tidak diberi kesedaran kepada orang ramai, penyakit buah pinggang akan menjadi penyakit utama di Malaysia selain daripada obesiti.

Sumber: maskulin

Apa jalan penyelesaiannya? Senang je, amalkan corak pemakanan berikut pada setiap hari.

Makanan buah beri

Selain mengelakkan penyakit buah pinggang, kandungan gizi buahan beri juga mempunyai ciri-ciri yang boleh membantu menghalang pembiakan sel kanser dan pembentukan tumor dengan pantas.

Sumber: merdeka.com

Segala jenis ikan

Ini kerana ikan kaya dengan protein dan kandungan lemak yang bersifat anti-radangan iaitu kandungan Omega-3 yang boleh melawan penyakit kronik lain seperti penyakit kanser, buah pinggang dan jantung.

Sumber: nekmatbiz

Sayur-sayuran

Semua orang dah tahu manfaat sayur-sayuran pada kesihatan. Sekurang-kurangnya makan sayur sehari sekali supaya buah pinggang dapat berfungsi dengan baik dengan pengambilan kadar air yang mencukupi.

Sumber: goodhousekeeping

Kurangkan garam

Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi tapi jangan buang terus pengambilan garam dalam pemakanan harian kerana garam diperlukan untuk mengekalkan fungsi badan. Cuma kurangkan kicap atau sos.

Sumber: remaja

Bukan saja jaga pemakanan tapi kena juga bersenam dengan melakukan pergerakan fizikal sehingga menggeluarkan peluh. Sekurang-kurangnya seminggu 3 kali. Barulah betul-betul mengamalkan gaya hidup sihat.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pemakanan Dah Jaga Tapi Kenapa Berat Badan Tak Turun-Turun Ni?

Senarai Makanan Ini Boleh Kurangkan Masalah Keguguran Rambut

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: FMS

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna